Tuesday, February 16, 2010

Teknologi Makanan Berubah Wajah


Blog teknologi makanan ini saya telah mengubah wajahnya sempena tahun baru cina..he..he daripada menggunakan domain percuma http://teknologimakanan.blogspot.com menjadi domain sendiri iaitu http://www.teknologimakan.com.

Namun begitu saya masih menggunakan applikasi blogger untuk memudahkan saya berkongsi maklumat serta menulis dengan pantas berbanding dengan jika saya mengguna sepenuhnya applikasi web.

Saya menulis blog teknologi makanan ini kerana saya minat dan ini bidang kepakaran saya setelah belajar dan melihat sendiri aplikasi teknologi makanan dalama kehidupan kita. Saya ingin kongsikan semua maklumat ini kerana bagi saya makanan amat penting bagi semua orang.


Internet sedang dengan pesatnya menggubah gaya kehidupan manusia pada hari ini. Pelajari dan gunakan kearah kebaikan untuk semua manusia !.

Saya yakin semua orang perlu tahu dengan yakin apa yang dia makan ataupun apa yang dia suapkan kedalam mulut sendiri ataupun mulut anak - anak !.Adakah suapan anda itu makanan berkhasiat ataupun satu racun berwajah makanan yang mendatangkan bahaya ataupun maut !.

Pernahkah anda dengar cerita ' mi tikus' , ubi kayu maut, ubi gadong, susu maut ?. Mungkin sebahagian anda terutama orang lama ataupun istilah kawan saya ' the old stock' tahu mengenainya manakala orang baru mungkin terkejut.


Sains dan teknologi makanan mampu memberikan manafaat yang besar dalam kehidupan manusia namun jika sains seperti teknologi makanan ini disalah gunakan ia juga mampu memberikan mudhrat kepada umat manusia.

Contoh yang jelas adalah pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat dengan Bom Atom yang direkacipta melalui teknologi nuklear. Penggunaan teknologi nuklear mampu meningkatkan kehidupan dan banyak teknologi nuklear pada hari ini juga telah di applikasikan dalam teknologi makanan.

Saya yakin anda telah pun memakan sebahagian produk - produk yang menggunakan teknologi nuklear ini !.Sedarkah anda namun penggunaannya pada tahap yang tidak menjejaskan kesihatan.



Nikmati Santapan Minda Online

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.