Kegemaran makan burger ini mungkin disebabkan oleh pengiklanan yang begitu kuat daripada syarikat besar yang berasal daripada Amerika Syarikat saban hari dalam TV dan Suratkhabar. Namun kini telah terdapat beberapa usahawan melayu yang telah mampu mengeluarkan produk burger ini dan yang tersohor adalah Ramly Burger. Kegemaran memakan burger ini banyak juga memberikan peluang perniagaan pada golongan belia kita, kini banyak telah terbina gerai - gerai burger terutama di depan kedai 24 Jam ataupun dekat dengan hentian bas. Jangan terkejut jika belia - belia yang berniaga burger ini mampu meraih pendapatan bersih RM2,500.00 hingga RM5,000 sebulan.
Oleh kerana itu, Teknologi Makanan hari ini akan berkongsikan cara buat burger. Buat daging burger ni tidak sesukar mana, cara buat burger ini konsepnya cukup mudah. Pada mulanya daging samaada daging ayam atau daging lembu dikisar hancur kemudian ramaun lain seperti lemak, bahan perisa serta bahan tambah makanan digaulkan kedalam adunan berkenaan.
Adunan burger ini kemudian dimasukkan kedalam mesin pembentuk dan dibentuk menjadi burger seterusnya di sejukkan dengan segera menggunakan 'blast freezer' dan kemudian dibungkus dalam plastik dan tersedia untuk di jual. Cukup mudah menyediakan daging burger ini. Satu cara paling mudah lagi adalah beli kat kedai yang dah siap..he..
Lelemak dikisar untuk rasa lebih enak pada daging burger.
Semua ramuan daging, lelemak dan kondisener makanan digaul sebati ini yang menjadikan sesuatu burger berbeza dari satu jenama dengan jenama yang lain.