Kegemaran makan burger ini mungkin disebabkan oleh pengiklanan yang begitu kuat daripada syarikat besar yang berasal daripada Amerika Syarikat saban hari dalam TV dan Suratkhabar. Namun kini telah terdapat beberapa usahawan melayu yang telah mampu mengeluarkan produk burger ini dan yang tersohor adalah Ramly Burger. Kegemaran memakan burger ini banyak juga memberikan peluang perniagaan pada golongan belia kita, kini banyak telah terbina gerai - gerai burger terutama di depan kedai 24 Jam ataupun dekat dengan hentian bas. Jangan terkejut jika belia - belia yang berniaga burger ini mampu meraih pendapatan bersih RM2,500.00 hingga RM5,000 sebulan.
Oleh kerana itu, Teknologi Makanan hari ini akan berkongsikan cara buat burger. Buat daging burger ni tidak sesukar mana, cara buat burger ini konsepnya cukup mudah. Pada mulanya daging samaada daging ayam atau daging lembu dikisar hancur kemudian ramaun lain seperti lemak, bahan perisa serta bahan tambah makanan digaulkan kedalam adunan berkenaan.
Adunan burger ini kemudian dimasukkan kedalam mesin pembentuk dan dibentuk menjadi burger seterusnya di sejukkan dengan segera menggunakan 'blast freezer' dan kemudian dibungkus dalam plastik dan tersedia untuk di jual. Cukup mudah menyediakan daging burger ini. Satu cara paling mudah lagi adalah beli kat kedai yang dah siap..he..
Lelemak dikisar untuk rasa lebih enak pada daging burger.
Semua ramuan daging, lelemak dan kondisener makanan digaul sebati ini yang menjadikan sesuatu burger berbeza dari satu jenama dengan jenama yang lain.
11 comments:
info yg menarik..
en wan,
adakah 'lelemak' yg dimaksudkan adlh lemak lembu tu sendiri?
ape jenis bahan tambah makanan yg biasa digunakan tuk burger? da tambah pewarna ya coz tengok photo tu daging burger tu jadi merah semacam jek ms campur dengan conditioner...
err.. kalau saya nk try buat kat rumah, daging tu bole kisar guna blender biase je ke?
thanks..
daging boleh kisar dengan blender.
Lelemak itu ada jual berasingan..
salam,mesin buat bentuk daging ada jual dimana ya??
boleh saya dapatkan alamat kilang nie?
salam,boleh saya dapatkan alamat kilang ni?tq
Salam, saya adalah penternak arnab. Sekiranya saya hendak pihak tuan menghasilkan burger arnab boleh? Sekiranya boleh macam maner dengan pembayaran? Sila e-mail saya [email protected].
Saya sedang mengusahakan penghasilan produk dari daging arnab.
terima kasih
Zul
http://rabbitsworlds.blogspot.com
boleh tak senaraikan nama2 mesin dan proses cara buat burger ni? sebab saya nk buat projek untuk final projek..saya nk buat mesin untuk masak burger fully automatic..
Salam... boleh tau mana bn dpt lelemak....?
Asalam....masih adakah kursus nak buat daging burger.Jika ada email sy di [email protected]
Asalam....masih adakah kursus nak buat daging burger.Jika ada email sy di [email protected]
Berkaitan teknologi dan cara buat burger lebih detail boleh rujuk pihak mardi
Post a Comment