Saturday, October 31, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Jeruk Cili

Hari ini saya nak kongsi cara nak buat jeruk cili. Caranya amat mudah dan teknologi makanan yang terlibat adalah merupakan satu proses untuk menyimpan cili secara menjeruk dengan cuka.

Cara nak buat jeruk cili pada awal pilih cili hijau dan potong.


Cili dipotong

Celurkan cili hijau itu dengan air panas, masukkan kedalam botol dan kemudian kita tambah sedikit garam dan gula kemudian cuka tiruan yang biasa kita beli kat kedai. Kaedah teknologi makanan menjeruk cili ini akan menjadikan kita dapat makan cili diluar musim selain daripada sos cili.

Jika kita nak makan cili berkicap, kita keluarkan cili yang telah dijeruk semalam dan masukkan dalam bekas dan tambah kicap aje. Ini mudah dan sangat sedap jika kita makan dengan mee goreng ataupun bihun goreng ataupun untuk kita makan dengan nasi panas berlauk ikang kering pong jadilah. Cili jeruk juga sedap dimakan bersama BUDU ataupun Cincalok atau diratah begitu sahaja bagi yang suka makan pedas.

Namun jika nak buat bisnes ok juga. Cuba survey kat market, ade orang jual dak ?. Susah nak dapatkan...so mananya ada pasaranlah produk ini yang mudah boleh buat kat dapur rumah dan jual kat kedai - kedai. Cili jeruk ini mudah nak buat tapi orang kekadang malas, oleh itu pasti adae yang sanggup beli. Mungkin boleh dijual ke restauran - restauran jika kena cara serta harga. Selamat mencuba dari Teknologi Makanan hari ini.


Hasil boleh diisi dalam botol plastik. Awas jika isi dalam botol kaca tudung botol boleh berkarat kerana cuka masam boleh karatkan besi tudung.

Sunday, October 25, 2009

Teknologi Makanan : Pengalaman Cara Buat Coklat Mudah

Teknologi Makanan hari ini akan saya kongsikan pengalaman membuat coklat cara mudah. Jika berdasar ilmu pengetahuan teknologi makanan nak buat coklat ini amat susah pada zaman dahulu kerana nak buat coklat kena bermula dengan tepung koko, susu, koko butter dan lain - lain lagi namun zaman berubah dan teknologi makanan dalam buat coklat ini juga dipermudahkan lagi, maklumlah zaman ni banyak orang sibuk.

Saya mula minat nak buat coklat ni sebab memang sejak kecil suka makan coklat, namun kini harga coklat ni amat mahal. Jika kita kepasaraya coklat dengan berat 300gm, boleh mencecah harga hingga RM15.00 mahal weh, hingga nak beli pun kena fikir dua - tiga kali !.

Lantas saya terfikir kenapa aku tak buat sendiri coklat ?. Belajar ilmu teknologi makanan bagaikan nak rak, almaklumlah 4 tahun amik diploma teknologi makanan di ITM Shah Alam kemudian sambung lagi bidang teknologi makanan ni di Iowa State University, Ames IOWA USA, 2 tahun nak buat coklat pun tak boleh ...ka ?..Ini satu cabaran bagi saya seorang lulusan teknologi makanan namun kini bergiat cergas dalam bidang makerting dengan fokus dalam bidang pemasaran internet.

Oleh itu saya pun mulalah buat kajian ilmiah serta teknikal macam mana cara nak buat coklat dengan mudah, akhir terjumpalah apa yang dihajat. Perkara yang pertama nak buat coklat ni, kita kena ada pot...bukan pot melepaklah masuk saya ' double boiler pot' . Ini hah seperti gambar kat bawah ni.



Alkisah double boiler pot ni pulak saya beli masa ikut kursus nak buat jem herba serta seri kaya di Kota Bharu seingat saya tahun 2006 kot. Ini hakikat bidang teknologi makanan ni,walaupun kita ade ilmu teknologi makanan, namun bagi saya, saya perlu tambah ilmu lagi kerana ilmu teknologi makanan ini sentiasa berkembang.

Oleh itu saya join kursus buat jem herba dan seri kaya dengan cef di Hotel Perdana Kota Bharu. Saya pun lupa ape nama Cef ni, maka dia syorkan guna double boiler untuk buat Jem Herba dan Seri Kaya dan saya seperti biasa gatal mulut tanya Cef kat mana dia beli double boiler ini, Cef yang berasal dari Kelantan yang baik hati ni pun beri tahu dia beli di Pengkalan Kubur, Free Trade Zon, so lepas kursus petang terus pergi cari double boiler ni..last- last jumpa pun ade 2 set aje..terus sapu dan duit dalam poket terbang RM150.00 !.

Double boiler ni banyak kegunaan, selain nak cairkan coklat, boleh juga buat Jem, Seri Kaya dan pelbagai masakan lagi. Element yang penting bila kita guna double boiler ni mengikut teknologi makanan, bahan yang kita masak akan sekata masak dan susah nak hangus atau hangit terutama yang melibatkan gula berbanding jika kita masak terus atas api.

Inilah hasil coklat yang saya buat anda boleh cuba buat.


..









Saturday, October 24, 2009

Teknologi Makanan : Buat Coklat

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda pengalaman saya membuat coklat. Nak buat coklat ini ada menggunakan ilmu pengetahuan teknologi makanan. Mula perkara yang nak saya kongsikan dalam teknologi makanan kali ini adalah satu peralatan penting nak buat coklat iaitu double boiler.

Peralatan ini amat penting dalam membuat coklat kerana coklat yang kita nak buat ni menggunakan coklat bar yang ada dijual dipasaran. Coklat bar ni perlu kita cairkan menggunakan peralatan double boiler inilah. Saya nak cerita macam mana double boiler ni susah oleh itu saya dah ambikgambar dan telah up load ke YouTube dan saya paste kat blog Teknologi Makanan ini oleh itu sila lihat video;

Ini lah Double Boiler



Pentingnya kita guna double boiler ni supaya coklat bar yang kita masak tak hangus dan ia masak sekata kerana dari aspek teknologi makanan, air akan panas sekata yakni air yang ada pada periuk pertama, air panas ni yang akan memanaskan makanan dengan sekata iaitu pada suhu yang sama ( jika air itu mendidih suhunya 100 C) maka tak timbul bahagian atas tak masak atau bahagian bawah hangus.

Menggunakan double boiler nak cairkan coklat amat mudah dan coklat bar itu akan cair pada suhu 40 Celsius sahaja.

Wednesday, October 21, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Kerepek Ubi kayu


Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara mudah tapi tak senang nak buat kerepek ubi kayu.

Sebermula adapun nak buat kerepek ubi kayu ni bermula daripada ubi kayu itu sendirilah. Ubi kayu yang sesuai untuk buat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya warna kuning dan berumur tiada lebih ia daripada lapan bulan. Maknanya ubi kayu isi putih tidak sesuai nak buat kerepek. Namun jika buat kerepek ubi kayu rasanya keras lebih - lebih lagi ubinya yang dah tua jadi kayu.Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk buat kuih muih seperti bengka, kuih lain, pengat, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain atau nak mudah ubi kayu isi putih kita rebus kemudian makan dengan kelapa parut muda ataupun makan dengan ikan gelama kering yang digoreng panas - panas ataupun kita boleh makan dengan ikan kembung goreng sambil menghirup secawan kopi pekat...pekena ni...lupa mak mertua lalu kat belakang !.

Ok kita berbalik kepada nak buat kerepek ubi kayu ni. Teknologi Makanan membuat kerepek ini bermula bila ubi ada ditangan kita. Kulit ubi kayu ni kita buang, kemudian basuh bersih - bersih dengan air paip yang mengalir supaya kotoran tanah tidak melekat pada isi ubi kayu.

Setelah di bersihkan, ubi kayu kemudian dipotong nipis guna pisau atau nak mudah guna slicer cepat dan pantas. Pemotong ubi kayu ni pong banyak jenis jika nak buat kerepek ubi kayu nipis pakai slicer tapi jika nak buat bentuk jejari ada mesin pemotong bentuk jejari.

Selepas dipotong nipis , hirisan ubi kayu kemudian dibasuh sekejap juga pada air paip mengalir kemudian ditoskan. Panaskan minyak dalam periuk atau kualiti dan pastikan minyak banyak dan panas. Pada masa mengoreng ini kena berhati -hati sebab minyak panas dan hirisan ubi kayu itu basah, bila masuk dalam minyak, minyak panas boleh merecik..so guna senduk atau sudip panjang la. Goreng kepingan ubi kayu ini hingga masak dengan warna kekuningan kemudian angkat dan buang minyak. Jika nak buat secara besar - besaran kena guna mesin buang minyaklah.

Selepas buang minyak, jika nak buat kerepek ubi kayu masin maka kita gaul dengan sedikit garam. Namun jika nak buat kerepek ubi kayu pedas manis kena gaulkan dengan perencah pedas manis.

Untuk buat perencah pedas manis biasa aje, cili boh boleh pakai, sedikit air asam garam dan gula ditumis hingga pekat dan likat dalam kuali kemudian perencah ini digaulkan sedikit demi sedikit dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi.

Jika nak buat kerepek ubi kayu dengan lain - lain perisa seperti perisa lada hitam, perasa barbeque, perasa keju dan macam -macam lain perisa dapatkan perisa ni kat kedai dan gaulkan dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi dengan sekata.

Pada sesetengah usahawan sedikit kunyit digaulkan kepada hirisan ubi kayu yang telah dibasuh untuk memberikan warna kuning kemasan kepada gorengan kerepek ubi kayu. Setelah kerepek ubi kayu sejuk ia boleh di timbang dan masuk dalam plastik untuk makan sendiri atau dijual.


Nak buat kerepek ubi kayu ni kena belajar daripada pakar


Kulit ubi kayu dibuang dan tengok isinya warna kuning.



Selepas di buang kulit ubi kayu di basuh dan selepas potong pun hirisan dibasuh sekali lagi . Lihat ditepi gambar hirisan standby untuk dibasuh.

Setelah ubi kayu dibasuh bersih ia dipotong nipis dengan mesin slicer ini. Mesin ini dibuat sendiri oleh usahawan dan mungkin boleh tanya kat kedai


Setelah hiris ubi kayu di toskan, ia digoreng pakai mesin inilah dikilang. Ia auto goreng dan boleh timming berapa lama dan goreng nanti ubi kayu yang siap masak di angkat sendiri dan ditos diatas kuali pengoreng ini. Namun jika nak buat kat rumah pakai aje periuk dengan minyak yang banyak sebab nak buat deep fryer.

Selepas goreng kerepek ubi kayu dibuang minyak dengan mesin pembuang minyak. Jika kerepek ubi kayu banyak minyak ia cepat rosak selalunya tengik.


Untuk buat gaulan, mesin pengaul ini digunakan kerepek ubi kayu yang siap goreng dimasukan kedalam mesin pengaul dan perisa di tabur sedikit demi sedikit hingga sekata ikut formulasi masing - masing. Jika garam lebih masin la...nasib..




Setelah di gaul kerepek ubi kayu di letakkan atas meja ini. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek ubi kayu di tarik kedalam bekas melalui sudut yang lain

Ini saja yang saya dapat kongsikan jika pertanyaan boleh buat kat cooment.

Teknologi Makanan...see u..bye..next...

Tuesday, October 13, 2009

Teknologi Makanan Cara Nak Buat Coklat

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah bagaimana kita boleh buat coklat dengan cara yang teramat mudah. Saya nak cerita panjag tak de..Anda boleh tengok kat video ni lah bagaimana cara mudah kita boleh buat coklat.

Coklat ini amat disukai bahkan kita boleh buat bisness jual coklat ni..Lihat youtube ini..









Cara buat coklat mudah dibongkar di Teknologi Makanan

TUKAR PEMBUNGKUSAN LUASKAN PASARAN.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.