Thursday, November 24, 2016

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI SDSI 2016 BERMULA HARI INI



Showcase tahunan SATU DAERAH SATU INDUSTRI SDSI 2016 DI MITC Ayer Keroh Melaka bermula pada hari ini.

Karnival SDSI 2016 di adakan setiap tahun dengan pelbagai program antaranya jualan produk produk dari daerah seluruh negara, seminar keusahawanan dan juga  program Business Matching dan banyak lagi.

Pada tahun ini juga, penganjuran Showcase SDSI Peringkat Nasional 2016 akan turut membawakan penglibatan syarikat-syarikat multinasional (MNCs) ke dalam program tersebut. 

Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan di bawah bimbingan program SDSI mengenai peluang-peluang pemasaran yang lebih luas melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat MNCs. Ia juga akan menjadi platform kepada usahawan bimbingan program SDSI yang berpotensi untuk dibangunkan melalui kerjasama MNCs khususnya dalam rantaian nilai perniagaan seperti menjadi pembekal produk dan perkhidmatan kepada MNCs oleh usahawan.

Produk/perkhidmatan SDSI yang dipamer dan dijual adalah seperti:
  • Makanan & Minuman
  • Kraftangan
  • Produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri;
  • Tekstil; dan
  • Homestay
Kunjungi lah SDSI 2016 melihat produk dan perkhidmatan yang ada yang mana mungkin memberi peluang kepada anda untuk menjana pendapatan untuk tahun 2017.


No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.