Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Selamat tahun baru 2013 saya dan seluruh wargakerja teknologi makanan ucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca web ini.

Semuga ditahun baru 2013 ini kita semua akan lebih beroleh bahagia, sejahtera serta dan hidup aman damai dan dilimpah rezeki yang baik lagi diberkati Allah s.w.t ..Insya Allah..

Bermula nya hari ini juga maka berkuat kuasa sepenuhnya Perihal Perintah Dagangan berkaitan penggunaan perkataan HALAL atau apa juga perkataan yang mencerminkan sesuatu makanan itu halal dan boleh dimakan oleh umat islam.

Ini bermakna tiada lagi pengeluar makanan dibenarkan menggunakan perkataan atau tanda halal selain yang dikeluarkan oleh JAKIM ataupun JAIN.


Petikan daripada siaran di SINAR HARIAN


"Ungkapan 'halal' yang megelirukan dilarang mulai 1 Jan 2013

28 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari depan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti perkataan 'ditanggung halal' , 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.
 
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini berkata mulai 1 Januari 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
 
"Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
 
"Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
 
Tambah Othman makanan dan barang-barang import yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah menggunakan logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim di negara pengeluar masing-masing.

Jelas beliau, tempoh peralihan selama setahun Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012 tamat pada 31 Disember 2012.
 
"Justeru Jakim mengingatkan pihak industri agar lebih bersedia dan peka dengan pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.
 
"Jakim juga berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyalahgunaan logo halal," kata Othman.  - Bernama"

Oleh itu mana mana pihak yang mengeluarkan makanan dan tidak mempunyai pengesahan halal daripada pihak JAKIM ATAU JAIN..tidak lagi dapat membuat tandaan atau memamirkan perkataan halal..

Bagi pengguna kita boleh buat pilihan yang lebih yakin sama ada nak beli produk makanan mempunyai logo halal atau pun kita juga boleh beli produk yang kita dah kenal pasti ia di hasilkan oleh 100% orang Islam..yang ragu -ragu ..sama - sama kita jauhi..


No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.