Friday, January 4, 2013

CARA BUAT MEE KUNING DENGAN TANGAN AJE..CUBA TRY..


Cara buat mee kuning dengan menggunakan tangan aje..amat popularlah di negara China. Mee Kuning merupakan satu daripada makanan yang amat digemari oleh kita semua.

Mee kuning ini pada asalnya banyak dihasilkan oleh orang cina dinegara kita, namun kita semakin banyak orang melayu pun dah pandai buat mee kuning ini hasil tunjuk ajar oleh pihak MARDI dan juga guru -guru lain yang terdapat dinegara kita.

Saya masih ingalah semasa saya menjalani latihan amali di Mardi Padang Pak Amat suatu masa dahulu, saya turut berpeluang belajar buat mee kuning ini semasa pihak MARDI anjurkan kursus buat mee kuning ini pada usahawan IKS.

Pada masa dahulu pengeluar mee kuning ini biasanya adalah juga pengeluar roti atau hasilan bakeri yang lain kerana bahan mentahnya adalah sama ia itu gandum.

Buat mee kuning biasannya menggunakan pelbagai jenis mesin untuk menghasilkan mee kuning dalam kuantiti yang banyak untuk kita jual pada pasaran..

Kini bila semakin ramai yang dah pandai buat mee kuning dan jual mee kuning, maka isu persaingan dalam pemasaran mee kuning timbul.

Dan yang lebih menarik lagi ada kedai - kedai makan  dan juga restoran dah mula buat mee kuning sendiri untuk kegunaan restoran mereka.

Namun mee kuning ini sebenarnya ada pasaran tersendiri, cuma apa yang perlu usahawan  buat adalah kenalpasti sasaran pasaran dan juga teknik pemasaran yang tepat.

Satu lagi cara nak buat mee kuning ini adalah dengan menggunakan tangan 100%. Belajar dan cubalah buat mee kuning ini dengan tangan sendiri, jika dah mahir boleh buka kedai jual masakan mee kerana disamping kemahiran membuat mee ini, kaedah buat mee kuning dengan tangan ini boleh menjadi satu daya tarikan kepada kedai kita..

Jika kini pembuat roti canai dan produk yang berkaitan ada dijual direstoran kenapa pula tidak kita lariskan kedai makan kita dengan buat mee kuning dengan tangan ini .

Nak buat mee kuning dengan tangan ini saya lihat tak susah mana pun....namun kita kena belajar dan praktis aje untuk meningkatkan kemahiran..

Cara mudah nak belajar tonton video ini..

CARA MENGULI

CARA MENARIK MEE KUNING..
Jom pakat cuba buat mee kuning dengan tangan..JANGAN LUPA MEE KUNING YANG DI HASILKAN KEMUDIAN DIREBUS DALAM AIR YANG ADA SEDIKIT MINYAK SAMPAI MEE ITU TIMBUL DAN KEMUDIAN DI SEJATKAN ...maka jadilah mee kuning yang kemudian boleh dibuat mee goreng, mee rebus, mee sup , mee bandung muar dan lain - lain..
Jika tak menjadi pada cubaan pertama ..cuba lagi..kerana PAKAR CHEF pun buat perkara yang sama.

Lihat bagaimana penghasilan mee kuning ini ditunjukan ditingkap kaca restoran sebagai daya penarik pelanggan makan ke restoran..



No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.