Saturday, January 21, 2012

LOGO HALAL TIDAK DI IKTIRAF JAKIM

sumber : TV3
Memakan makan halal adalah suatu kewajiban bagi semua umat Islam, satu cara untuk membuat pilihan makanan halal adalah dengan memastikan produk yang dikeluarkan itu memiliki pengesahan halal dari JAKIM.

Bermula tahun ini 2012, hanya JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri sahaja dibenar mengeluarkan pengesahan halal dan seterusnya memberi kebenaran mengeluarkan dan menggunakan logo halal.

Kini pihak JAKIM dengan kerja sama jabatan yang berkaitan sentiasa membuat pemantauan keatas pengguna logo halal yang tidak sah dimerata tempat.

Lihat sedutan video ini..




Kita sebagai pengguna haruslah menyokong usaha murni ini dengan memilih makanan yang mempunyai logo halal JAKIM..

Monday, January 16, 2012

Fatwa Majlis Kebangsaan : Bank Susu Ibu Haram




Bank susu ibu haram


2012/01/16

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. 

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan. 
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Petikan Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banksusuibuharam/Article/

Sunday, January 15, 2012

Penggunaan Sijil Halal : Tiada Kelonggaran.


Semua pengusaha produk dan premis makanan serta perkhidmatan dinasihatkan mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN) sahaja bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk mereka sejajar dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah diluluskan Parlimen.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah memberi kelonggaran kepada mana-mana pemegang sijil halal supaya menggunakan logo halal lama yang diperoleh daripada syarikat swasta kerana ketetapan mengenainya tidak berubah.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf, berkata sehubungan itu tempoh setahun yang ditetapkan untuk pemegang sijil mengemukakan permohonan mendapatkan logo halal Malaysia seperti ditetapkan pihaknya sebelum ini masih dikekalkan.

Oleh itu pengguna disarankan beli dan makanlah produk makanan yang ada logo Halal Malaysia..buat pilihan bijak...

Sumber : Harian Metro..

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.