Monday, December 10, 2012

PESTA JOM MAKAN BUAH DI PUTRAJAYA BUKAN SEKADAR MAKAN BUAH - BUAHAN TEMPATAN


Semalam saya sempat singgah juga di pesta jom makan buah di Putrajaya yang berlangsung daripada 7hb Disember 2012 hingga 11hb Disember 2012 dari jam 10 pagi - hingga 10 malam.

Ada macam-macam buah dijual pada harga yang berpatutan termasuk juga di adakan DURIAN PARTY..


Durian party anjuran FAMA , kita boleh makan pelbagai jenis buah dengan bayaran RM15 seorang dan macam -macam buah ada ..buah durian, duku, manggis dan lain -lain lagi.

Kat sini juga ada jual durian musang king yang tersohor tu..harga pun berpatutan hanya RM13/kg dan saya difahamkan kalau kat luar pesta harga durian musang king ini mampu cecah RM30/kg..so kalu nak merasa durian musang king ini datang lah ke pesta jom  makan buah ini..

Durian D24 AAA pun di jual hanya pada harga RM6/kg..saya rasa murah juga ni dan yang penting ianya fresh segar terbaik dari ladang..





Dua jenis durian yang berbeza isi , rasa dan harga..cuba beli dan rasalah sendiri..baru tahu nikmat...


KEMAH DURIAN PARTY


Bagi yang bawa anak -anak ada juga taman mini arnab..boleh tengok jika boring - boring tengok durian..



Selain beli dan makan buah buahan ini kita juga dapat belajar dan lihat pelbagai buah NADIR.. buah yang semakin sukar kita lihat ...jika anda pakar cuba teka buah apa ni ?..nak tahu jawapan ..datang lah ke pesta buah ini...





Cuba teka buah apa ni ?..



Oleh itu tak rugi datang sini...beli buah, makan buah dan belajar buah....satu buah yang tak de...buah silat le...

No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.