Friday, October 12, 2012

JEM BUAH KEMUNTING



Buah Kemunting atau nama saintifiknya Rhodomyrtus Tomentosa banyak terdapat kawasan  yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. 

Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin. Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa di jumpai hidup di kawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

Buah kemunting susahlah nakcari kalau kita tinggal dibandar, kat kampung -kampung banyaklah buah ini. Masa saya tinggal dikampung ada juga makan buah ini..

Sebenarnya buah kemunting ini kita juga boleh buat jem.Ya le jam yang boleh dimakan dengan roti...ala..berry atau strawberry la..

Saya sebenar terjumpa balik resepi dan cara nak buat jem buah kemunting ini yang saya belajar dari seeorang Chef tersohor...tapi bukan lah chef dari devil kitchen tu..

Bunga Kemunting


Inilah dia bunga kemunting, jika menjadi buah, warnanya kebiruan..atau unggu dan rasanya masam manis..saya biasa makan buah ini waktu zaman kanak -kanak.

Ok macam mana nak buat jem buah kemunting ye..ini resepi dan caranya ;

JEM BUAH KEMUNTING

BAHAN - BAHAN

1. 1 Kg buah kemunting yang masak.

2. 11/2 cawan gula pasir

3. 11/2 cawan air bersih

4. 3 sudu teh pektin ( pectin)

CARA MEMBUAT JEM BUAH KEMUNTING

Buah kemunting dibuang kepala atau jambul dan dibasuh bersih tanpa dibuang kulit. Hancurkan dan tuangkan kedalam pan dan direbus dengan sedikit air (menggunakan air dari 11/2 cawan air~ ambil sedikit air ini ). Panaskan dengan api yang perlahan, kacau tanpa henti selama 20 minit pada suhu 104 C.

Apabila agak kering sedikit, tambah air dan kacau tanpa henti sehingga betul - betul masak.

Tuang kedalam bekas dan tapis dengan penapis halus dan selepas itu panaskan semula dengan api yang perlahan, kemudian masukan gula dan kacau tanpa henti sambil masukan pektin.

Apabila masak angkat dan sejukkan kedalam satu bekas.

Jem ini hanya boleh tahan selama 2 minggu kerana tiada bahan pengawet yang digunakan dan untuk tahan lebih lama masukan sedikit asid sitrik  serta masukan kedalam botol kaca dan terus tutup rapat.

Buah kemunting dan jem ini baik untuk bagi mereka yang mengidap darah tinggi.

Saya pun sedang mencari buah kemunting ini, nak buat jem buah kemunting..jika ada pembaca boleh maklum kat comment ye..

Pektin adalah bahan yang boleh anda beli dikedai yang membekal bahan buat kek..nak mudah cuba cari kat kedai bagusss..

1 comment:

Naveen said...

Hai,whr I can find pectin?

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.