Thursday, August 16, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012..MAAF ZAHIR BATIN..

Assalamualaikum semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada semua..terlebih dahulu  saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri tahun 2012 yang akan disambut lebih kurang 2 hari lagi.

Dikesempatan yang mulia ini, saya dan keluarga juga memohon ampun dan maaf daripada pembaca semua jika terdapat salah dan silap dalam penulisan saya maupun pertuturan serta tingkah laku..

Begitulah masa berlalu.dengan pantas ..sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah pun berada dipenghujung nya..dan hari ini saya lihat ramai rakan -rakan dah mula bertolak balik kekampung masing-masing bagi menyambut 1 Syawal bersama keluarga serta ibubapa tercinta..Bagi yang memandu ..sentiasalah berhati -hati kerana pandu cermat jiwa  selamat dan poket terselamat dari kena saman..dalam OOPS Selamat...ye..

Bila hari raya tiba maka banyak lah juadah akan disediakan ada yang tradisional dan ade yang moden seperti biskut raya yang pelbagai jenis dan nama akan menghiasi meja makan kita...Antara banyak makanan yang terhidang dipagi raya ..banyak yang tidak akan terpisah dari hadirnya ketupat ...tak kiralah ketupat nasi atau pun ketupat pulut..

Jika rumah dipantai barat ini..ketupatnya adalah ketupat nasi biasanyer..dan ketupat ini dah semacam icon hari raya..dan ketupat ini pun ada macam variati hasil perubahan zaman dan teknologi..dan juga alam sekitar serta lokasi geografi kita..

Kenapa saya katakan demikian..kerna kedudukan geografi kita mampu mempengaruhi jenis ketupat yang kita hidangkan dipagi syawal..kerana nak buat ketupat nasi perlu ada daun kelapa dan juga beras..Jika daun kelapa sukar didapati maka jenis ketupat nasi lain yang akan keluar..

Mana tidak nya di KL ni aje harga 500 helai daun kelapa pun dah cecah hampir RM100.0 ! walhal di kampung tu tak de le rega sangat..dan walaupun ade daun kelapa...maka kena tahu nak menganyam ketupat le..dan anyam kelongsong ketupat ini pun suatu seni yang perlu dipelajari dan mahir..jika  tidak kena  beli le kelongsong ketupat dah sedia dijual...mahal jua..


Kepandaian dan kemahiran nak buat kelongsong ketupat ini boleh dipelajari le..jika mahu..ye..kat mane nak belajar ?..ni hah..lihat video..




Jika daun kelapa pun tak de ..kepandaian dan kerajinan pun tiada..mmm..buat ketupat ini aje lah ye...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..


1 comment:

Rosmansham Alias said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.