Wednesday, July 27, 2011

PROGRAM HALAL "TRAINING PROGRAM ON HALAL STANDARDS AND CONFORMANCE INFRASTRUCTURE FOR OIC COUNTRIES 2011"

Hampir seminggu saya telah menghadiri  "TRAINING PROGRAM ON HALAL STANDARDS AND CONFORMANCE INFRASTRUCTURE FOR OIC COUNTRIES 2011" yang bermula pada 20 Julai - 27 Julai 2011. Latihan ini telah diadakan di Hotel Allson Putra Nilai.

Kursus ini dikendalikan  oleh Jabatan Standard Malaysia dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. dengan kerjasama daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain seperti JAKIM, SIRIM, WISMA PUTRA, IMIGRESEN, JICA dan lain - lain.Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI Y.Bhg Dato' Madinah Mohamad.

Lebih daripada 20 orang wakil daripada negara OIC hadir dalam program ini yang merangkumi taklimat berkaitan dengan Standard dan  Industri Halal Malaysia. Wakil - wakil daripada negara OIC ini turut membentangkan kertas kerja mereka dalam perlaksanaan pensijilan Halal dinegara mereka.

Dikesempatan ini saya juga berpeluang mendalami Standard Halal Malaysia yang semakin bertambah dari aspek skop standard yang telah ada di negara kita. Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman dalam latihan ini pada masa akan datang.


Majlis Perasmian


PESERTA KURSUS

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.