Sunday, August 7, 2011

Pusat Pembungkusan dan Pelabelan Tanjung Karang Selangor



Pusat pembungkusan dan pelabelan makanan telah mula beroperasi di Tanjung Karang Selangor bermula 4 Ogos 2011. Pusat ini memberikan kemudahan kepada usahawan IKS untuk membungkus dan melabel produk mereka dengan menggunakan mesin dan peralatan pembungkusan yang tersedia ada di situ.


PENGENALAN.

Pusat Pembungkusan dan Pelabelan FAMA  Tanjung Karang Selangor merupakan premis milik FAMA yang dilengkapi dengan mesin serta peralatan pembungkusan dan pelabelan yang boleh digunakan oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk  membungkus dan melabel produk – produk makanan terpilih.

TUJUAN

Menaik taraf  kualiti pembungkusan dan pelabelan produk makanan terpilih, usahawan PKS Industri Asas Tani bagi menembusi pasaran pasaraya, pasaraya besar dan pasaran eksport.
Menjamin produk yang dibungkus dan dilabel berkualiti, mematuhi perundangan makanan dan memenuhi kehendak pasaran.
Membantu usahawan yang tiada mesin pembungkusan untuk mengeluarkan produk makanan.
Meningkatkan kapasiti pengeluaran produk usahawan dari aspek pembungkusan dan pelabelan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Membantu usahawan mengeluarkan  produk  tanpa pelaburan pembelian mesin dan peralatan pembungkusan.

LOKASI

Pusat Pembungkusan dan Pelabelan terletak di Km 8, Sungai Terap, Tanjung Karang 45500, Selangor.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang ditawarkan  adalah secara sewaan sepenuh masa atau sewaan pada had masa tertentu.

PERALATAN YANG DISEDIAKAN

Bil Mesin dan Peralatan Kegunaan 
1 Mesin ‘ Horizontal Belting Sealer -Untuk ‘sealing’ pembungkusan plastik dan aluminium foil
2 Mesin ‘Vertical Belting Sealer’ - Untuk ‘sealing’ pembungkusan plastik dan aluminium foil
3 Mesin ‘Canister Capping’ - Untuk ‘sealing’ pembungkusan ‘canister’
4 Mesin pencetak tarikh luput Mencetak tarikh luput produk pada label ataupun pembungkusan
5 Penimbang digital skala 300kg Timbangan untuk pembungkusan jualan borong
6 Penimbang digital skala 1 - 15kg Timbangan untuk pembungkusan jualan runcit dan borong
7 Penimbang digital skala 1 kg Timbangan untuk pembungkusan jualan runcit

SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

Semua usahawan PKS Industri Asas Tani adalah layak untuk memohon.
Berdaftar dengan FAMA
Produk-produk yang dikeluarkan dan yang hendak dibungkus mestilah halal.
Menandatangani perjanjian sewaan dan menjelaskan bayaran yang berkaitan seperti yang termaktub dalam perjanjian.

CARA-CARA MEMOHON DAN PERTANYAAN

Sila hubungi  Pengurus, Pusat  Memproses Makanan Kuala Selangor, KM 8, Sg Terap, 45500 Tg Karang, Selangor ditalian :  03 – 32698496 dan Fax : 03– 32698595.

Pintu masuk.


Antara mesin dan peralatan pembungkusan.


Untuk keterangan lanjut..sila hubungi  Pengurus, Pusat  Memproses Makanan Kuala Selangor, KM 8, Sg Terap, 45500 Tg Karang, Selangor ditalian :  03 – 32698496 dan Fax : 03– 32698595.


5 comments:

ones822 said...

SALAM 1 MALAYSIA..SY NAK TANYA,ADE TAK MESIN TU UNTUK DIJUAL TERUS..BERAPA HARGA.USAHAWAN PASIR GUDANG,JOHOR

ones822 said...

mesin pembungkusan makanan..

Ghazali Shafiee said...

Saya berminat untuk membeli mesin pencetak tarikh luput. Ini no telefon saya utk dihubungi: 0124516522

Ghazali Shafiee said...

Saya berminat untuk membeli mesin pencetak tarikh luput. Ini no telefon saya utk dihubungi: 0124516522

Azlan Sunil said...

Assalam. Saya berminat membeli mesin pencetak tarikh luput. - Azlan 0127370807, JB.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.