Saturday, December 25, 2010

Teknologi Makanan Memperluaskan Pasaran Gula Apong Sarawak

 Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana teknologi makanan dengan pengubahusaian bentuk pembungkusan dan label gula apong sarawak mampu diperluaskan pasarannya. Gula apong merupakan manisan yang diperbuat daripada air nira yang dihasilkan daripada pokok nipah yang banyak terdapat di sepanjang sungai di Sarawak terutama di Kota Samarahan dan juga Betong..

Jika disemenanjung Malaysia air nira ini sama dengan air nira kelapa yang kemudian dimasak menjadikan gula melaka ataupun nise jika di Kelantan.Secara tradisional gula apong yang dihasilkan dipasar secara borong dalam tin biskut dan jika untuk pasaran runcit ia di pasarkan menggunakan beg plastik.

Kenaikan harga gula menjadikan gula apong mula mendapat tempat dihati pengguna di Sarawak dan mula menunjukan potensi pasaran yang baik. Melihat kepada peluang pasaran ini, FAMA Sarawak telah mengorak langkah menginovasikan pembungkusan gula apong ini dengan memperkenalkan gula apong dalam bentuk  botol,plastik yang cukup menarik.

Cara proses memasak nira nipah untuk menjadi gula apong..lihat video






Pembotolan gula apong ini membolehkan pasaran gula apong dikembangkan sesuai dengan kehendak pengguna semasa yang inginkan keselesaan dalam penggunaan gula apong.

Pelbagai jenis makanan dan minuman boleh kita buat dengan gula apong antaranya adalah yang tersohor T C Peng, Cendol dan pelbagai lagi makanan yang anda boleh lihat pada gambar buku yang di keluarkan oleh FAMA Sarawak. Sila KLIK GAMBAR UNTUK BESAR KAN...


















Oleh itu jika anda berpeluang ke Sarawak terutama di bandar Kucing, cuba - cuba lah T C Pheng dan lain - lain makanan bagi menikmati keenakan gula apong..Jadikan Gula Apong sebagai ole - ole dari Sarawak selain Kek Lapis dan juga Ikan Terubok Masin ....

Wednesday, December 22, 2010

Rahsia Mudah Membuat Coklat

Hari ini saya akan berkongsi rahsia mudah bagaimana nak buat coklat. Membuat coklat sama seperti coklat tersohor Ferrero Rocher..Saya belajar buat coklat ini di MAHA 2010 baru - baru ini daripada Chef Mizi yang buat demo kat MAHA 2010.

 Cara nak buat coklat cukup mudah dimana bahan yang diperlukan adalah;
  1. Coklat Bar
  2. Buah badam yang siap digoreng atau bake cincang
  3. Rice Bubble
  4. Blueberry kering
Semua bahan ini boleh dibeli di Kedai Bakeri  .

Cara nak buat cukup mudah, panaskan coklat bar hingga cair guna stim..setelah cair campurkan semua bahan - bahan dan gaul hingga sebati..kemudian cedok dengan sudu..dan sejukan atas tray yang bersih. Bila coklat sejuk dia akan mengeras dan boleh terus makan..

Cara nak jelas tengok video ni la...








PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.