Friday, November 26, 2010

MAHA International 2010 Bermula Hari Ini 26 November Hingga 5 Disember 2010

MAHA International 2010 bermula hari ini di MAEPS ( Malaysia Agro-Exposition Park Serdang) dan ini merupakan ekspo pertanian terbesar di negara kita. Disini terdapat pelbagai pameran berkaitan pertanian merangkumi pameran haiwan, jentera dan produk - produk keluaran hasil pertanian.

Disamping itu terdapat juga Sajian Makanan Popular yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai masakan popular yang terdapat diserata tempat dinegara kita dibawah satu bumbung.

Pelbagai produk usahawan IKS juga dijual di Agrobazaar dan juga di Laman Tiba 1 .Selain tu pokok bunga dan orkid ada juga dipasarkan di MAHA International 2010.

Pelbagai kemudahan juga disediakan bagi keselesaan pengunjung seperti bas dan trem yang disediakan PERCUMA untuk mengangkut pengunjung daripada tempat letak kereta kesekitar ruang - ruang pameran. Namun kita jua perlu berjalan - jalan disekitaran untuk melihat pelbagai pameran.

Jika anda terasa leguh kaki..boleh juga berurut kaki anda di Hall D, Agrobazaar  dan urutan kaki ini disediakan oleh mereka yang terlatih dalam urutan walaupun mengalami kecacatan mata dengan bayaran tertentu.

Disamping itu bagi memeriahkan MAHA kali ..Ekspo Suarasa TV 9 turut diadakan ditapak yang sama di MAEPS ini.

Cuti sekolah ini elok benar anda membawa anak - anak berjalan ke MAHA International 2010 . Habiskan masa 1 hari di MAHA 2010 ini baru anda puas hati dapat melihat pelbagai pameran bagi menambah ilmu dan mungkin peluang - peluang untuk menceburi bidang pertanian.



MAHA INTERNATIONAL BERMULA...


Bas dan Trem disediakan PERCUMA.


Sebahagian kemah jualan IKS, Buah - Buahan dan Bunga - Bungaan



Motosikal angkut disediakan ..





Satey Arnab pun ada....


Belon pun ada...up up and away...


La belon KFC rupenyaa...


Tu dia..Pizza Hut pong ado..no...



Ok lah trem dah sampai..balik dahulu...Adiossssssssssssssss..

See you..

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.