Wednesday, October 20, 2010

Karnival Jualan Produk PKS 1 Malaysia Best

Karnival Jualan produk - produk  1 Malaysia Best akan dianjurkan pasaraya Giant dengan kerjasama FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bermula 22 Oktober 2010 hingga 29 November 2010.

Pelbagai produk usahawan kita yang telah dibenarkan menggunakan logo jenama 1 Malaysia Best akan dijual pada harga istemewa disemua pasaraya Gaint pada masa ini.

Jika anda nak merasai kenikmatan produk halal lagi berkualiti kunjungilah pasaraya Gaint pada tarikh 22 Oktober - 29 November 2010.

Pelbagai produk daripada pelbagai kategori makanan boleh anda beli pada harga yang sungguh berpatutan. Inilah satu usaha FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha memperluaskan pasaran dan meningkatkan jualan.

Produk keluaran PKS sebenarnya setanding juga dengan barangan import..anda boleh beli dan rasai sendiri . Antara produk yang di tawarkan adalah terdiri daripada;

  1. Ikan Sardin Jenama Agromas RM4.39 setiap tin.
  2. Kopi segera Gano/Habbatus Sauda/Ginseng  RM8.99 setiap pek 20 x 20 gram
  3. Perencah Mee Rebus Jawa
  4. Nugget Ikan
  5. Mayonaies Keluaran Bumiputra Jenama JASMA RM4.99 untuk 370 gram...
Dan banyak lagi..saya akan uploadkan risalahnya kemudian...belilah produk PKS terutama yang ada logo 1 Malaysia Best..kerana ia merupakan jenama perakuan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani..sudah pasti Halal..Insya Allah..

Jangan lupa ..belian anda mampu meningkatkan lagi perkembangan Industri Usahawan PKS negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada bumiputra..

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.