Friday, February 5, 2010

Teknologi Makanan Tiada Jaminan Makanan Halal Lagi Suci


Bidang teknologi makanan bidang yang terlibat dalam penghasilan makanan dengan teknologi terkini, namum makanan yang terhasil tiada jaminan ianya halal lagi suci. Namun begitu ilmu teknologi makanan boleh digunakan untuk menghasilkan makanan halal suci lagi berkualiti.

Oleh itu bidang teknologi makanan ini amat memerlukan kepakaran ahli teknologi makanan yang beragama Islam supaya dapat menghasilkan makanan menurut kehendak Islam iaitu makanan halal lagi suci. Pada pandangan saya hanya Muslim Food Technologist akan faham dalam menghasilkan makanan halal.

Produk makanan halal sebenarnya mempunyai potensi pasaran yang amat besar dan kini sudah ada syarikat - syarikat daripada negara kita mengeksport produk makanan halal ke Eropah dan juga USA. Begitu juga dinegara barat sendiri telah banyak muncul pengeluar produk halal untuk di eksport balik kenegara - negara majori penduduknya umat Islam.

Produk - produk makanan halal ini yang telah disahkan halal dilabelkan dengan logo - logo halal dan dijadikan logo halal ini telah dijadikan ' co-branded' dengan jenama mereka yang sedia ada. Dengan erti kata yang lain, logo halal dijadikan satu lagi jenama penyokong kepada jenama yang sediaada yang dimiliki oleh sesebuah syarikat.

Oleh itu bagi pengeluar makanan halal, sangat elok mendapatkan pengesahan sijil halal daripada badan yang diiktiraf oleh kerajaan, untuk menyakinkan pengguna serta dapat meningkatkan pemasaran produk makanan halal. Bagi pengguna muslim, belilah produk makanan yang disahkan halal bagi menjamin kesejahteraan diri dan keluarga untuk dunia dan akhirat, terutama produk makanan yang dikeluarkan oleh bumiputra Islam berlogo halal bagi menjamin produk yang dimakan itu halal lagi suci.

Sais Pasaran Makanan Halal


Tuesday, February 2, 2010

Pemanis Tanpa Gula - Stevia


Kenaikan harga gula menjadikan ramai diantara kita mencari alternative pemanis yang lain. Sebenarnya teknologi makanan beberapa tahun yang lalu telah mengemukakan pelabagai gantian pemanis selain daripada gula tebu, antaranya madu dan juga gula tiruan seperti sakarin ( saccharin) namun harganya mahal serta sifatnya adalah gula tiruan meragukan pengguna.

Kini bila harga gula naik lagi pencarian pemanis tiruan atau pemanis asli pengganti gula mula menjadi perhatian. Kini pokok stevia didapati berpotensi untuk dijadikan pemanis pengganti gula.

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara kita walaupun stevia berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Stevia sejenis pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

Daun Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

Namun, jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula.

Stevia dipercayai mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Stevia sudah pun dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.


Pada satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat jua mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mula meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula.

Di Brazil dan Jepun berjuta -juta orang menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan.

Kini saya yakin dengan pengentahuan teknologi makanan yang dimiliki oleh rakyat negara ini,lambat laun tananam stevia akan mula mendapat tempat dihati pengguna Malaysia. Sedikit masa dahulu saya pernah dengar sebuah kilang memproses stevia ini telah pun beroperasi di Negeri Sembilan, namun hingga kini saya belum berkesempatan berkunjung ke kilang memproses stevia di Negeri Sembilan itu.

@Teknologi Makanan 2010

Monday, February 1, 2010

Tempat Nak Jual Produk Makanan Teknologi Makanan

Sebenarnya kita ada banyak tempat nak jual produk yang kita hasilkan dengan teknologi makanan ini. Namun kita kekadang kurang memberi perhatian ataupun kekadang kita rasa malu atau segan. Ini saya senaraikan tempat yang boleh kita jual produk makanan yang kita hasilkan berdasarkan teknologi makanan.

  1. Jiran tetangga.
  2. Kawasan perumahan tempat kita tinggal.
  3. Di pejabat
  4. Kantin sekolah
  5. Letak di kedai makan
  6. Kedai Petrol Station
  7. Kedai runcit dekat rumah kita
  8. Pasar malam
  9. Pasar Tani ( Tanya pegawai FAMA di pejabat FAMA yang berdekatan)
  10. Agrobazaar milik FAMA ( USJ 1 Mydin, Jejantas Ayer Keroh, Ulubernam)
  11. Pada ekspo dan karnival
  12. Pada majlis kenduri kawin
  13. Dekat Masjid pada hari Jumaat ( waktu solat jumaat berhenti ye..)
  14. Melalui internet
  15. Melalui agen (kawan - kawan )
  16. Hypermarket dan serupa market
  17. Pasar Basah
  18. Jaja keliling kampung
  19. Depan sekolah
  20. Kat parti harijadi anak kita...(buat promosi..kut ade yang sangkut)
Saya rasa setakat ini dahulu dan pemasaran ini kita kena kreatif dan ikut kehendak pasaran, sama ada dari segi harga (jangkaan yang mampu dibeli pengguna), kesesuai tempat dan sasaran pasaran.

Perkara utama kita perlu memikat pembeli kemudian ikat pembeli menjadi pelanggan. Bina rangkaian pelanggan kita...

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.