Thursday, December 30, 2010

Jual Dodol Wajik dan Wajik Sirat Mampu Memberikan Pulangan Laumayan

Makanan tradisional seperti dodol, wajik dan wajik sirat mampu memberikan anda pendapatan lumayan jika dihasilkan  dengan teknologi makanan serta pemasaran yang gigih..

Ini dapat kita lihat jika anda pergi ke Melaka dan berjalan disekitar bandar melaka. Seorang pengusaha makanan terkenal Datuk Dr Tan Kim Hock telah berjaya memasarkan makanan tradisional melayu seperti dodol dan juga lempuk durian dibeberapa outlet milik beliau disekitar bandar Melaka.


Semua produk ini dipasarkan dengan jenama Tan Kim Hock sendiri dan setelah lama ia menjadi terkenal di Melaka dan juga diseluruh Malaysia dan juga dunia. Saya sendiri sempat berjumpa dengan Datuk Dr Tan Kim Hock dan bercerita panjang hasil kejayaan beliau dalam pemasaran produk makanan tradisional ini yang sebahagian besarnya dikilangkan oleh kilang miliki beliau yang terletak di Umai Melaka.


Datuk Dr Tan Kim Hock yang kini berusia lebih 80 tahun merupakan seorang yang ramah dan mudah mesra dengan pelanggannya dan beliau telah berkongsi rahsia dan pengalaman beliau menempa nama dalam pengeluaran tradisional. Antara yang dikongsikan adalah kekayaan yang kita perolehi perlu dikongsikan dengan orang lain dan bantu orang lain mendapatkan wang. Buat sesuatu dengan gigih dan jangan berhenti bekerja..jika kita berhenti berusaha pemikiran dan badan akan menjadi lemah..

Kata beliau lagi atas sikap nak tolong orang ini, terutama orang kampung beliau...pekerja yang berusia 60 + pun masih diterima bekerja di kilang beliau..sedangkan mana ada kilang lain nak ambil pekerja sedemikian..

Saya kagum dalam usia sebegini beliau masih sihat dan masih berada di outlet milik beliau....

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.