Wednesday, September 15, 2010

Satey Zaman Moden


Satey merupakan makanan kegemaran saya dan setiap hari raya, dahulunya arwah bonda dan saya selalu buat satey. Oleh itu bila time nak raya, saya akan balik awal dan malam raya kita buat satey..lepas solat sunat raya.saya selalu bakar satey.

Arwah bonda selalu buat satey dan juga nasi impit cara asli. Masak nasi dengan air lebih..kemudian masukkan nasi lembik ke dalam tong kayu khas yang telah dialas kain putih dan kemudian ditindih dengan batu gilling dan bahan berat yang lain..ia dibuat malam raya dan pagi raya dah boleh potong jadi nasi impit..Kini semua tinggal kenangan yang kekadang teras..ketiadaan arwah bonda..inilah hikmat air tangan ibu...semoga Allah s.w.t mengampuni kedua arwah bonda dan ayahanda kita...

Kini kita pun dah jadi orang tualah..kat kampung maklumlah orang tua pun dah banyak yang tiada..budak hinggusan dahulu pun dah jadi bapak orang..pun begitu hidangan satey tetap dah jadi makanan wajib diwaktu beraya dirumah saya di kampung Kubang Palas Luar, Wakaf Baru..Kelantan..

Walaupun arwah bonda dan ayahanda dah tiada, saudara mara tetap datang..dan yang pasti di cari adalah hidangan satey. Kini saya dan keluarga masih mengekalkan tradisi lama..satey tetap ada namun..kita belilah..kerana tak sempat nak buat..begitulah zaman berubah..

Kini satey boleh dibuat dengan mudah terutama jika kita tidak mampu hendak membakarnya. Kini kita boleh buat satey goreng..Satey goreng walaupun tidak sesedap satey bakar namun kepada mereka yang minat satey ..ia tetap satey..

Buat satey goreng ini mungkin pelik bunyi..namun jika kita berada diluar negara..terutama nak buat pembakaran terbuka pun tak boleh..boleh cuba buat satey goreng..

Cara nak buat mudah..gunakan mana - mana resepi satey..perap daging dengan rempah 2 - 3 jam..cucuk daginh kelidi dan goreng secara deep fryer atau minyak banyak bersama lidi..dan bila daging dah masak boleh makan satey goreng..

Seperti ke enakan sebenar minum teh tarik adalah kerana buihnya..maka keenakan makan satey ini adalah terletak pada ketika kita tarik daging dengan mulut daripada lidinya..inilah sensasi sebenar makan satey selain rempah ratus serta kuah yang pekat..

Untuk buat goreng cara deep fryer ini tak payah beli alat special boleh guna periuk dan masuk minyak dengan banyak dah boleh jadi deep fryer..cepat dan mudah

Nak detail tengok macam mana kite goreng


Selamat mencuba...

1 comment:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.