Sunday, August 8, 2010

Peniaga Produk Makanan Perlu Strategi Pemasaran



Peniaga ataupun mereka yang terlibat dalam pengeluaran serta pemasaran produk makanan perlu bahkan bagi saya WAJIB ada strategi pemasaran yang mantap dan berkesan.

Strategi pemasaran ini amat penting bagi menjamin produk yang kita hasilkan menggunakan teknologi makanan dapat dijual dan diterima oleh pengguna. Berniaga makanan ini tidak sama seperti kita berniaga produk lain seperti besi, kereta.

Produk makanan ada tempoh masa atau dikenali jangkahayat yang mana jika kita tidak mampu menjual dalam tempoh jangkahayat berkenaan, produk makanan akan rosak sendiri dan kita akan mengalami kerugiaan.

Contoh paling mudah adalah produk roti. Roti pada kebiasaanya akan rosak samaada berkulat atau menjadi roti kering dalam masa 7 hari.Namun dengan startegi pemasaran yang berkesan, roti yang tempoh hayat singkat 7 hari pun dapat dijual dengan laris..bahkan kita ada beberapa kilang roti yang besar dinegara kita.

Baru - baru ini saya ada ke Cameron Highland dan meninjau sekitar Cameron Highland saya tertarik kepada cara pemasaran beberapa produk madu di sekitar Cameron Highland



Produk Madu dibungkus dengan rapi dan menarik



Untuk menyakinkan pengguna bahawa produk madu ini asli, sarang lebah pun turut sama dimasukkan dalam botol .Ini pasti menyakinkan keaslian madu.



Untuk memudahkan pengguna , khasiat madu serta cara guna turut sama dicetak pada pamplet yang disertakan dalam pembungkusan.


Oleh itu kita semua perlu kreatif dalam bidang pemasaran produk makanan ini. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah pandangan pengguna kepada produk kita, yang mana akan menyebabkan pengguna membeli produk kita dan bukan produk pesaing..

No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.