Thursday, April 8, 2010

Melawat Kilang Produk Teknologi Makanan

Semalam 7 April 2010 saya berpeluang melawat beberapa buah kilang pengeluar produk teknologi makanan. Kilang ini terletak di Rengit Batu Pahat Johor dan sebahagiannya mengeluarkan produk makanan tradisional seperti kerepek ubi, kerepek pisang dan macam - macam lagi.

Saya kesana dengan beberapa kenalan untuk menijau sendiri bagaimana teknologi makanan semakin digunapakai oleh usahawan melayu kita walaupun mereka tiada ijazah teknologi makanan pun. Namun bagi memastikan pegeluaran produk dapat ditingkatkan dengan yang rendah serta tenaga buruh yang sedikit, mesin dan peralatan berteknologi makanan telah digunakan dengan meluas.

Sebagai contoh, sudah ada mesin pengoreng kerepek berskala besar yang hanya memerlukan hanya seorang pekerja sahaja untuk mengoreng puluhan kilo kerepek ubi atau pisang pada sesuatu masa.







Kereta pejabat kawan - kawan.

























Agrobazaar K Shopee Azhar FOOD di Rengit..

















Satu lagi kilang pengeluar makanan di Parit Botak...jalan menghala ke Rengit.
















Kilang milik FAMA di Rengit Batu Pahat Johor. Lokasinya terletak sebelah pejabat Bomba Rengit.

Kilang ini dah ada pensijilan MS ISO, HALAL, GMP. Banyak pelajar buat latihan industri dikilang ini.

Kilang ini mengeluarkan seri kaya madu, jam buah - buah, jem roselle dan juga jual roselle segar.







Keadaan jalan semasa balik di PLUS Pagoh..jalan jamm teruk kerana ada kemalangan maut.

Perjalanan terhenti hampir 3 jam tak bergerak..

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.