Saturday, March 27, 2010

Beli Produk Usahawan Kita di Agrobazaar - Macam -macam ade...



Agrobazaar merupakan kedai yang diwujudkan oleh FAMA untuk memasarkan produk - produk yang dihasilkan oleh usahawan IKS diseluruh negara. Jika Pasar Tani merupakan medan pemasaran hasilan segar pertanian makan Agro Bazaar merupakan kedai pemasaran produk pertanian yang telah diproses.

Agrobazar diwujudkan untuk membolehkan pengguna mendapatkan hasilan produk keluaran usahawan industri asas tani yang sebahagian besarnya dikeluarkan oleh usahawan bumiputra . Terdapat pelbagai produk dijual diAgrobazaar ini seperti buah hulu, kerepek ubi, kerepek pisang, kuih cincin dan macam - macam ada.

Agrobazaar ini sebahagianya adalah dimiliki oleh usahawan yang telah dibimbing oleh FAMA dalam aktiviti pemasaran. Agrobazaar juga merupakan satu tempat atau peluang untuk usahawan memasarkan produk keluaran mereka. Kunjungilah Agrobazaar ini dan belilah barangan buatan usahawan kita yang halal lagi suci. Macam barang serta produk bermutu terdapat di Agrobazaar ini termasuk juga produk - produk yang dipasarkan oleh FAMA dengan jenama Agromas ataupun Olemas.

Saya juga telah berpeluang mengunjugi beberapa Agrobazaar ini dan amat kagum dengan produk dan barangan yang terdapat di agrobazaar - agrobazaar ini. Di Agrobazaar ini kita juga berpeluang membeli produk IKS secara borong jika kita berminat nak menjadi penjual atau pun pemasar produk iks seperti kerepek dan macam -macam lagi..



Produk KITA



KUANTAN PAHANG


PULAU PINANG SBU


RENGIT BATU PAHAT JOHOR




SIMPANG RENGGAM






AGROBAZAAR R&R ULUBERNAM PLUS MENGHALA KE KUALA LUMPUR.






















LOKASI - LOKASI AGROBAZAAR

PAHANG

  1. KUANTAN : GLOBAL ONE STOP. No.3, Bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan (Tel: 012-386 3026.).
  2. KUANTAN : AL-BAQARAH BEEF ENT. B1130/6, Jalan Kuantan - Kemaman, Kg Chengal Lempong Aman, 26100 Kuantan ( TEL : 09-544 4080).
  3. JERANTUT: KAK YONG CAKE HOUSE.No.42, Jalan Zapin Indah 2, Bandar Inderapura, 27000 Jerantut. (Tel : 013-921 7635).
  4. JERANTUT: IKHTIAR BAKERY & CAFE. NO.36 Kawasan Perniagaan FELDA Padang Piol, 27040 Jerantut ( Tel: 013 - 988 5116).
  5. CAMERON HIGHLANDS : Norsham Homemade Confectionery & Western Food, RLC 1-9 GF, BLOK C1, Taman Royal Lily, 39000 Cameron Highlands (Tel: 012-364 0292).
  6. ROMPIN: FOOD FANTASY INDUSTRY. No.2 Taman Camera, 26800 Kuala Rompin. ( Tel: 016- 921 3178).
  7. MARAN : HUSNA FROZEN FOOD & TRADING. No. 17 Lorong Impian 1, Taman Maran Impian, 26500 Maran. (Tel: 016 - 921 3178).
  8. TEMERLOH : AN HIKMAH EDAR , 2 Jalan Bahagia Permai 2, 28000 Temerloh ( 013 - 938 7383).
  9. PEKAN : BENA HIJAZ, P76 Kampung Lamir, 26620 Pekan ( Tel: 09-426 9627).
  10. PEKAN : ZAN BAKE MATE ENT. A8 , Plaza D'Mara, Jalan Engku Muda Mansor, 26600 Pekan (Tel:012-963 4345).
JOHOR
  1. RENGIT, BATU PAHAT : AZHAR FOOD SUPLIER, Ru.51 Jalan Besar Sri Baharum, 83100 Rengit ( Tel: 07 - 424 5066).
  2. SIMPANG RENGGAM. PERNIAGAAN ZAINAB JAYA.NO.1 Kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana, 86200 Simpang Renggam, Kluang. ( Tel: 07-7550453)
SEHINGGA KINI TERDAPAT HAMPIR 47 BUAH AGROBAZAAR DI SELURUH NEGARA DAN AKAN DI UP DATE DARI MASA KESEMASA....SABARRRRRRRRRR.

NOTA : SELAIN DI AGROBAZAAR INI..PRODUK - PRODUK IKS DAPAT JUGA DI BELI DI MYDIN.

No comments:

PENSIJILAN PRODUK MAKANAN

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.