Sunday, February 28, 2010

Teknologi Makanan Di Kempen 1MALAYSIA 1 HALAL

Semalam saya berkunjung ke Masjid Negara untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana teknologi makanan diaplikasikan pada program Kempen 1MALAYSIA 1HALAL. Kempen ini yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di perkarangan Masjid Negara.

Pada kempen ini terdapat pelbagai gerai pameran disediakan yang sebahagiannya telah sempat saya lawati antaranya JAKIM, MARDI, Kementerian Kesihatan, Jabatan Veterina, Jabatan Kimia. Terdapat banyak produk informasi berkaitan halal serta keselamatan makanan diberikan percuma pada pengunjung.

Saya tertarik bila mengunjug gerai Jabatan Kimia kerana mendapat penerangan berkaitan bagaimana teknologi makanan kini telah mampu mengesan kehadiran lemak ataupun bahan berasal daripada babi didalam makanan ataupun dalam barang kegunaan harian seperti kasut.

Contoh paling mudah adalah barangan kulit babi dab berus daripada babi dan cara mudah nak kenal barang daripada kulit babi ini adalah kulit babi ada mempunyai 3 liang roma atau 3 titik yang tembus. Kulit babi merupakan kulit lembu dan selalunya digunakan sebagai lapisan bahagian dalam kasut ataupun barangan kulit yang lain seperti begtangan, jaket dan juga sarung talipon bimbit !.

Saya juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan Akta Halal tahun depan yang mengiktiraf hanya sijil dan logo halal keluaran JAKIM. Akta ini akan mengenakan tindakan ke atas pengusaha yang ingkar juga bertujuan mengelak kekeliruan masyarakat terhadap penggunaan sijil dan logo Halal.

Pada masa ini kesalahan yang membabitkan logo dan sijil Halal di rujuk dibawah Akta Prihal Dagangan 1972-Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahsaan Halal 1975)jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Kempen 1Malaysia 1Halal ini satu usaha untuk menggalakan kita semua memilih produk teknologi makanan yang halal dengan penseragaman pada logo HALAL sepertimana logo yang dikeluarkan oleh Jakim bagi mengelak kekeliruan. Oleh itu dalam usaha kita memastikan pemakanan halal pastikan kita tiadak memakan makanan secara membabi buta jika tidak kita akan termakan makanan yang mengadungi bahan asalan babi ataupun tidak HALAL. Pilih yang ada logo HALAL JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri ( JAIN) yang kedua -dua kini berbentuk sama.

Pasaran HALAL secara global telah melonjak 3 kali ganda kepada USD 500 BILLION !. (RM1.7 TRILLION !) tahun ini. Ia merupakan peningkatan ketara hasil kajian High Beam Research semenjak tahun 2007 hanya USD150 BILLION (RM510 BILLION), apa - apa pun bagi saya nilai ini sungguh banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk...weh...oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslim sekalian terokai lah pasaran produk teknologi makanan halal ini.

Sebagai satu langkah yang baik sebuah syarikat iaitu DagangHalal.com telah memulakan usaha untuk menerajui bersama dalam membantu usahawan produk teknologi makanan ini menembusi pasaran halal dengan menyediakan plantar online bagi membolehkan usahawan produk teknologi makanan HALAL menerjah pasaran secara global.


Pintu masuk ke Kempen 1 MALAYSIA 1HALAL


Pentas perasmian


LOGO HALAL MALAYSIA .
BELI PRODUK TEKNOLOGI MAKANAN PILIHLAH YANG ADA LOGO HALAL INI SEKURANGNYA KITA BERUSAHA MENCARI YANG HALAL !





Teknologi Makanan dalam bidang kimia makanan kini mampu menentusahkan (verify halal food) status kehadiran unsur babi dalam makanan menggunakan kaedah DNA..luarbiasa HEBAT..
Poster - Poster JABATAN KIMIA MALAYSIA..





Sambutan pengunjung agak menggalakkan dan ini menunjukkan kesedaran masyarakat keatas pentingnya mencari makanan serta produk HALAL semakin meningkat.



Kereta pertama mendapat pengesahan HALAL ?.
(Ini mungkin kederaan milik JAKIM dalam usaha Kempen 1 Malaysia 1Halal.)

@ Teknologi Makanan

No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.