Sunday, February 21, 2010

Perniagaan Produk - Produk Teknologi Makanan

Pada hari ini ramai orang berminat untuk menjalankan perniagaan. Salah jenis perniagaan yang amat ramai orang berminat adalah produk - produk makanan yang dihasilkan melalui teknologi makanan.

Perniagaan produk - produk teknologi makanan ini sebenarnya amat luas. Ianya merangkumi seperti istilah ' Daripada Ladang Hingga Ke Meja Makan' atau " From Farm To Table". Oleh itu apa jua produk - produk teknologi makanan yang berkaitan dalam rantaian makanan ini boleh kita ceburi dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi makanan.

Ini merangkum tanah untuk pertanian, baja berinovasi, peralatan pertanian, biji benih, baja organik, racun organik, stor makanan, pengankutan, pembungkusan, mesin dan alat pemprosesan, sistem pemasaran produk makanan, pengilangan, web design untuk teknologi makanan dan macam - macam lagi.

Untuk berjaya dalam bidang perniagaan produk teknologi makanan ini kita perlu mencari produk yang diperlukan oleh ramai orang serta yang mempunyai persaingan yang sedikit lalu kita fokus menjalankan perniagaan ini secara lokal ataupun global.

Jika produk teknologi makanan yang ingin kita pasarkan itu mempunyai potensi pasaran diperingkat global adalah lebih baik.

Satu produk yang menarik perhatian saya adalah kejayaan seorang usahawan kita yang telah berjaya memasarkan produk geletin halal keseluruh dunia. Geletin merupakan bahan yang banyak digunakan dalam pengeluaran produk makanan diseluruh dunia sama ada untuk kegunaan di kilang ataupun dirumah.

Walaubagaimana pun untuk mencari geletin halal susah juga kerana geletin dibuat daripada komenen yang berasal daripada haiwan oleh itu isu halal akan timbul disini. Oleh itu usahawan ini melihat ini satu peluang dan beliau memasarkan produk geletine halal ini keseluruh dunia hanya menggunakan laman web sahaja dan saya dimaklumkan setelah setahun memasarkan produk ini, kini beliau telah bergelar JUTAWAN PRODUK TEKNOLOGI MAKANAN.



No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.