Tuesday, February 9, 2010

Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009


Hari ini saya baru balik daripada hadir ke taklimat Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Taklimat ini telah diadakan di Institut Pengurusan Kesihatan yang terletak di jalan Bangsar.

Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM2009) merupakan undang - undang yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan akan mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2010 dan penguatkuasaan sepenuhnya pada 1 Januari 2014.

Tujuan PPKM2009 diwujudkan adalah untuk melindungi pengguna daripada penyakit bawaan makanan serta menjamin keselamatan makanan yang dipasarkan untuk pengguna. Semua mereka yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan produk makanan kini tertakluk dibawah PPKM2009 ini merangkumi sekecil penjual makanan hingga kepada pengilang, pengusaha restauran, kedai makan serta pasaraya.

Dalam bahasa yang mudah PPKM2009 mengawal penjual makanan sekecil 'makcik yang menjual secara menjungjung bakul', penjual tepi jalan, penjual cendol, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual dipasar malam, pasar tani, pasar tamu dan hampir kesemuanya yang menjual makanan.

Bagaimana PKKM2009 ini mengawal kesemua ni ?. Peraturan pertama yang perlu dipatuhi oleh semua penjual makanan tadi adalah mereka semua WAJIB BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN dan mendapat SIJIL PENDAFTARAN. Untuk pendaftaran ini boleh dibuat dipejabat kesihatan daerah atau pun secara online di http://fsq.gov.my dan hingga kini pendaftaran adalah PERCUMA dan tempoh sah laku adalah untuk 3 tahun.

Bila anda telah daftar pastikan dapatkan atau beli atau download PPKM2009 dan ikut serta patuhi peraturan berkenaan, jangan pulak daftar dan PPKM2009 tak ikut, payah nanti.

Kegagalan seseorang atau usahawan mendaftar dan mempamerkan sijil daftar ini boleh jika disabitkan kesalahan di denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara 2 tahun.

Jika dilihat pada PPKM2009, mereka yang wajib daftar ini terdapat dalam Jadual Pertama dibawah tajuk PREMIS MAKANAN;

1: Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan;
2: Semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan besar- besaran
3: Semua premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan.
4: Semua kenderaan yang makanan sedia dimakan dijual

Banyak lagi perkara yang disentuh dalam PPKM2009 ini, oleh itu saya sarankan jika anda terlibat dalam industri makanan dapatkan PPKM2009 ini, boleh juga di download daripada laman web Bahagian Kawalan Mutu Makanan.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang teknologi makanan pula saya telah dimaklumkan bahawa bagi menguatkuasakan PPKM2009 ini, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran sediada serta menambah kakitangan baru untuk melaksanakan PPKM2009 ini, oleh itu sentiasalah intai - intai laman web atau baca paper jika ada kerja kosong di Kementerian ini.

Manakala untuk konsultan makanan pula ini juga satu peluang untuk anda terlibat dalam membantu masyarakat memahami kepentingan kebersihan makanan, kerana dalam Peraturan 30(1) PPKM2009 telah jelas menyatakan bahawa saya petik " Pengendali Makanan hendaklah menjalani latihan pengendalian makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendalian Makanan daripada institut yang ditentukan oleh Pengarah". ( Pengarah Kesihatan).

Ia juga merangkumi kakitangan yang terlibat dalam pengendalian makanan ini...ramai ni weh...ini peluang kerana dianggarkan ada berapa banyak restauran, pasar tani, pasar malam , usahawan macam - macam ada yang WAJIB hadir latihan ini .


Peserta khusuk mendengar taklimat Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009


Taklimat lagi


Habis Taklimat.

@TEKNOLOGI MAKANAN 2010

2 comments:

Fina Fento said...

saya juga berada di situ :)

JOM INGGAH BLOG SAYA :)

whiteorange said...

Assalamualaikum!Ada sesiapa yang boleh bantu saya syarat syarat kemenmterian kesihatan untuk memasarkan produk minuman atau ada sesiapam yang boleh bagi saya maklumat tentang prosedur membuat dan memasarkan minuman daripada jus atau herba? email ke saya delimadila@yahoo.com terima kasih kepada sesiapa yang sudi membantu

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.