Tuesday, February 23, 2010

Makanan Organik Satu Potensi Besar

Makanan Organik merupakan produk makanan yang dihasilkan daripada bahan - bahan mentah yang dihasilkan secara semulajadi. Pada peringkat awal kemunculan makanan organik ini lebih tertumpu kepada hasilan pertanian dimana hasilan pertanian seperti sayuran dan buah - buahan dihasilkan tanpa mengunakan baja ataupun bahan - bahan kimia.

Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja serta pengguna dapat dielakan.

Kini makanan organik mula dihasilkan dengan menggunakan teknologi makanan untuk produk - produk kegunaan harian seperti sos tomato, sos cili dan pelbagai produk lagi.

Penghasilan makanan organik ini mula mendapat tempat dikalangan pengguna terutama dinegara barat dan kini ia mula memasuki pasaran negara kita. Kini di pasaraya di negara kita telah mula ada bahagian yang dikhususkan untuk pemasaran produk - produk organik.

Penghasilan dan pemasaran produk organik ini merupakan satu peluang yang amat berpotensi untuk diterokai oleh usahawan - usahawan teknologi makanan. Pengguna kini mula beralih kepada makanan organik kerana kebimbangan terdapat kesan samping terhadap pengguna bahan - bahan kimia dalam bidang pertanian.

Oleh itu bidang penghasilan makanan organik perlu diterokai oleh kita untuk memastikan pengguna memperolehi makanan yang selamat serta ia mempunyai pasaran yang luas diseluruh dunia.




Di negara kita sudah ada pensijilan produk organik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dibawah Skim Organik Malaysia (SOM). Dimana telah ada diwujudkan piawaian makanan organik iaitu Standard SOM adalah berasaskan kepada
Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.


Standard dan Garispanduan Makanan Organik Malaysia.





Tafsiran USDA MAKANAN ORGANIK



Potensi Pasaran yang besar patut diceburi oleh usahawan kita.



Sos Organik

Gulai Kurma pun dia dah ada organik..kita ni bila lagi ya...fikir - fikirkanlah...........................

@ TEKNOLOGI MAKANAN

No comments:

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.