Friday, December 11, 2009

Laksam Makanan Pilihan

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah nak buat laksam. Laksam merupakan satu lagi makanan kegemaran saya.Laksam bagi saya merupakan satu produk teknologi makanan hasil kretiviti orang kita suatu cara lain nak makan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia terutama bagi penduduk negeri Kelantan.

Oleh sebab itu jika anda berkunjung Kelantan, pada waktu pagi makanan 'breakfast' sebahagian besar adalah dalam bentuk nasi. Di Kelantan ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kerabu hitam, nasi kapit (nasi impit), laksa dan juga laksam serta pulut pagi. Semua hidangan ini adalah merupakan hasilan beras dan makan nasi dipagi hari ni jadi budaya orang Kelantan dahulu. Cuma bila zaman moden sikit mulalah makan roti bakar, roti amplet, roti canai namun tak leh lari daripada makanan nasi pagi. Seumpama tak pekena nasi pagi tok leh nok buat kijo la..

Semasa kecik saya selalu beli nasi berlauk dengan lauk ikan ayo atau ikan tongkol dan juga laksam untuk makan pagi. Kekadang arwah ibu ada juga buat laksam ni dan saya dok tolong dia kat dapur lalu dapat sikit buat sendiri laksam ni.

Teknologi makanan yang terlibat dalam buat laksam ini adalah beras dikisar menjadi tepung. Tepung beras ini kita campur dengan air serta tambah sikit tepung gandum untuk bagi tektur yang liat sikit kemudian masukkan dalam bekas membentuk lapisan nipis macam buat telur dadar. Pada waktu dahulu saya guna tudung periuk aje senang kerana secara langsung ian jadi acuan yang menarik .

Dari tudung ni kita gunakan masak dengan mengukuskan dan di kukus hingga masak. Lepas masak kita sejukkan dan gulung. Laksam kemudian digunting dan makan bersama kuah sama seperti kuah laksa.Pengukusan laksam sebenarnya adalah kaedah teknologi makanan yang dipakai, iaitu memasak sesuatu makanan dengan menggunakan stim. Stim memberikan kepanasan yang sekata pada suhu lebih kurang 100 darjah celsius dan tak lebih dari itu. Oleh itu dengan guna stim makanan tak akan hangus dan mudah dimasak.

Ini laksam yang saya buat di rumah 3 minggu lepas, so far oklah guna tepung beras dah siap ready.


Tepung beras di bancuh dengan air dan dicampur dengan sedikit tepung gandum.



Adunan di masukkan dalam acuan yang disapu sikit minyak.


Adunan dalam acuan kemudian dikukus. Nak cepat sebab saya juga guna periuk nasi untuk jadi kukusan selain kukusan yang sebenar. Cepat siap cepat boleh makan...dak gitu...


Laksam sudah masak..dibiar seketika kemudian digulaung.



Nah dah jadi home made laksam. Ready nak potong pakai gunting dan dimakan dengan kuah serta ulam.Kuah laksam dibuat dengan santan dan isi ikan...pekena ni perrrrrgggg

Thursday, December 10, 2009

Nasi Lemak oh Nasi Lemak

Nasi lemak itulah satu makanan kegemaran saya dan bila mana ada yang jual nasi lemak sudah pasti saya akan mencubanya. Walaupun saya sendiri kurang gemar makan pedas terutama waktu pagi..bila makan sakit perut..namun jika ada nasi lemak amat teringin nak cuba try.

So nak jadi cerita pada 3 Disember yang lalu on the way to Miri..I pergilah ke KLIA. Flight saya sebenarnya jam 1.30 pm namun takut tertidoq kat rumah pi awal. Saya tiba di KLIA jam 8.00 pagi setelah check in..melilau kat KLIA. Perut rasa lapar pula lalu cari kedai - kedai makan kat situ...nampak la satu stall jual nasi lemak. Nak cuba try lah walaupun dah agak nasi lemak ni..kurang - kurang RM15.00. Saya pun orderlah nasi lemak lauk ayam dengan kopi ais...Masa nak bayar..mmm..berapa rege ni dek..RM25.00 !.

Makan ajelah namun ayam..yang diberi adalah rendang ayam..kurang sedap bagi saya dan perkara yang paling tak sedap adalah semasa dok makan tu..ade la lalat dok terbang ka hulu ke hilir..aiya potong stim nak makan nasi lemak...so makan tak abis cabut la..begitu lah kita ye...I'm sorry to tell the truth..

Lalat ini merupakan satu musuh utama dalam perkara pengeluaran makanan. Sebab lalat ni di suka makan benda kotor..Dalam bidang teknologi makanan jika ada lalat..menunjukkan tempat itu kotor. Oleh itu elakkan makan kat kedai ade lalat, kecuali Kedai Lalat di Kelantan..pun begitu saya tertanya kenapa nama tempat tu Kedai Lalat ?. Tempat lalat pergi shoping ka ape ?


Nasi Lemak makan kat KLIA.


RM25.00..
Sape kat nasi lemak kita tak de klass...Jika makan kat Melbourne Australia...mmAUST7.00..Kat London I belum try lagi...pernah makan kat Malaysia House London ( dulu2 la)..tepung pelita 1 bungkus 1 pound...

Wednesday, December 9, 2009

Silap Mata Dengan Teknologi Makanan


Dalam dunia perniagaan dahulu hingga kini ada segelintir peniaga bermain silap mata dengan teknologi makanan. Silap mata ni bahasa halus sayalah yang kurang lebih maksudnya penipuan dengan menggunakan kemahiran dalam bidang teknologi makanan, sama ada mereka ini sedar ataupun tidak. Mungkin juga ilmu itu diperturunkan dari satu generasi kegenerasi yang lain.

Bagaimana teknologi makanan digunakan untuk mengaut keuntungan hasil penjualan produk makanan samaada secara dibenarkan ataupun secara tidak dibenarkan. Saya kongsikan sedikit pegetahuan yang saya tahu berkaitan silap mata dengan teknologi makanan ini untuk pengetahuan umum sahaja.

1. Air dicampurkan kedalam gula untuk mendapatkan timbangan yang lebih !.

Pelik bin ajaib bukan !. Ya ada sesetengah peniaga apa bila menjual gula, gula daripada guni atau beg gula yang besar akan dimasukkan kedalam tempayan yang besar. Tempayan ini mungkin boleh muat 2 beg gula lebih kuran 50kg, lalu 2 - 3 kilo air bersih dicurahkan dalam tempayan...tuss..gula jadi basah..tak jadi sirap..sebab gula banyak daripada air...seumpama mencurah air kedalam pasir..air hilang begitu sahaja..tapi gula basah..so bila jual..timbangan berat tapi bukan ianya berat 100% gula tapi gula campur air..jika dilihat gula itu sikit basah...wa..mau untong ma...busat untung...

2. Betik atau Buah Kundur dalam Buah Pala Hancur.

Kekadang bila kita beli jeruk buah pala terutama hirisan hancur jeruk buah pala, harganya murah sikit jika dibandingkan dengan jeruk buah pala yang dipotong dua. Ini kerana segelitir peniaga mencampurkan hirisan buah pala itu dengan betik matang ataupun hirisan buah kundur kerana betik matang atau buah kundur warna putih dan jika dicampur sikit perisa buah pala serta digaul dengan buah pala asli..tak dak beza ma.....

Begitu juga sesetengah produk makanan seperti sos cili, betik masak digunakan untuk memberi 'body' kepada sos cili..oleh itu kekadang ia bukan 100% cili segar ataupun cili kering !.

3. Madu Lebah Asli dan Madu Lebah Tipu

Madu lebah asli pun boleh dibuat terutama madu lebah yang dihasilkan oleh lebah ternak. Madu lebah asli disini bermaksud madu itu asli dikeluarkan oleh perut lebah namun cara lebah dapat madu itu kurang asli kerana ada sesetengah lebah ini diberi makan gula merah. Caranya sebungkus gula merah diletakan dekat sarang lebah..so lebah pekerja ni tak payah pi jauh-jauh ..dia makan gula merah dan hasilkan madu dari gula berkenaan.
Begitu juga ada sesetengah pengumpul madu dibawa gula kedalam hutan dan letak kat pangkal pokok yang atasnya sarang lebah..so dapat la madu banyak.... Pelaburan sekilo gula dengan sekilo madu yang dihasilan amat besar untungnya...

Mana kala madu lebah tipu adalah air gula yang pekat dimasak secara pelahan - lahan kemudian sedikit asid makanan seperti sitrik asid ditambah. Asid akan memecahkan gula kepada glukosa dan fruktosa dan warnanya likat seperti madu. Madu sebahagian besar terdiri daripada gula glukosa dan fruktosa manakala gula pasir adalah sukrosa (sukrosa adalah campuran glukosa dan fruktosa)



@ Teknologi Makanan

HIDANGAN BERBUKA PUASA RASA KELANTAN

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.