Sunday, August 23, 2009

Teknologi Makanan : Juadah Berbuka Puasa Bubur Guniting

Teknologi Makanan hari ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca muslimin dan muslimat blog Teknologi Makanan semuga puasa kita kali ini bertambah baik serta bertambah keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t. Oleh itu sempena bulan ramadhan ini Teknologi Makanan akan mengemukakan beberapa resepi juadah berbuka puasa yang kekadang sudah jarang kelihatan namun masih segar dalam ingatan kita kerana sesetengah juadah berbuka puasa ini sebenarnya mempunyai nostalgianya tersendiri yang kekadang mampu membawa kitan mengenang masa silam yan telah berlalu.

Teknologi Makanan kali ini akan mengemukakan resepi berbuka puasa yang dikenali sebagai BUBUR GUNTING.

BUBUR GUNTING

Bahan - Bahannya;

2 helai daun pandan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
3 mangkuk santan
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya.

Cara Membuatnya;

Bancuh tepung gandum dengan air bergaram. Uli dan canai seperti bancuhan roti canai sebanyak 2 keping.Panaskan ke dalam kuali tanpa minyak dan bila sudah kuning sedikit, angkat dan gunting panjang - panjang kemudian gunting empat segi bujur kecil.
Sediakan periuk, masukkan satu cawan air, daun pandan, gula merah dan gula pasir. Apabila memdidih, masukkan tepung yang telah digunting, kacau dan masukkan santan.

Dan kemudian boleh dihadangkan untuk berbuka puasa dan juga moreh...selepas terawih.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.