Monday, May 11, 2009

Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Makanan


Bidang teknologi makanan ini cukup luas dan saya masih ingat kata-kata pensyarah saya yang mengatakan selagi ada manusia yang memerlukan makanan maka selagi itulah Pegawai Teknologi Makanan atau lebih glamour di kenali sebagai Food Technologist, diperlukan.

Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pelbagai lagi.

Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.

Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.

Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi.

Bagi saya, lulusan ini perlu berpengetahuan luas, bukan sekadar menelan apa sahaja yang diajar di universiti ataupun kolej !. Perlu ditingkatkan keterampilan, bahasa dan pelbagai pengetahuan dan yang paling penting minat yang mendalam dalam bidang teknologi makanan ini. Jangan fikir sahaja nak kerja kilang, lab , makmal itu sahaja skopnya !. Think big !.

Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem GMP, ISO , HALAL dan HACCP, jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju...yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, bukankah negara kita sedang menuju ke negara maju 2020 ?. Oleh itu bersedialah bagi mereka yang sedang menuntut dalam bidang ini. Selamat maju jaya..
Hidup Food Technologist ITM Shah Alam

PENSIJILAN PRODUK MAKANAN

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.