Sunday, October 25, 2009

Teknologi Makanan : Pengalaman Cara Buat Coklat Mudah

Teknologi Makanan hari ini akan saya kongsikan pengalaman membuat coklat cara mudah. Jika berdasar ilmu pengetahuan teknologi makanan nak buat coklat ini amat susah pada zaman dahulu kerana nak buat coklat kena bermula dengan tepung koko, susu, koko butter dan lain - lain lagi namun zaman berubah dan teknologi makanan dalam buat coklat ini juga dipermudahkan lagi, maklumlah zaman ni banyak orang sibuk.

Saya mula minat nak buat coklat ni sebab memang sejak kecil suka makan coklat, namun kini harga coklat ni amat mahal. Jika kita kepasaraya coklat dengan berat 300gm, boleh mencecah harga hingga RM15.00 mahal weh, hingga nak beli pun kena fikir dua - tiga kali !.

Lantas saya terfikir kenapa aku tak buat sendiri coklat ?. Belajar ilmu teknologi makanan bagaikan nak rak, almaklumlah 4 tahun amik diploma teknologi makanan di ITM Shah Alam kemudian sambung lagi bidang teknologi makanan ni di Iowa State University, Ames IOWA USA, 2 tahun nak buat coklat pun tak boleh ...ka ?..Ini satu cabaran bagi saya seorang lulusan teknologi makanan namun kini bergiat cergas dalam bidang makerting dengan fokus dalam bidang pemasaran internet.

Oleh itu saya pun mulalah buat kajian ilmiah serta teknikal macam mana cara nak buat coklat dengan mudah, akhir terjumpalah apa yang dihajat. Perkara yang pertama nak buat coklat ni, kita kena ada pot...bukan pot melepaklah masuk saya ' double boiler pot' . Ini hah seperti gambar kat bawah ni.



Alkisah double boiler pot ni pulak saya beli masa ikut kursus nak buat jem herba serta seri kaya di Kota Bharu seingat saya tahun 2006 kot. Ini hakikat bidang teknologi makanan ni,walaupun kita ade ilmu teknologi makanan, namun bagi saya, saya perlu tambah ilmu lagi kerana ilmu teknologi makanan ini sentiasa berkembang.

Oleh itu saya join kursus buat jem herba dan seri kaya dengan cef di Hotel Perdana Kota Bharu. Saya pun lupa ape nama Cef ni, maka dia syorkan guna double boiler untuk buat Jem Herba dan Seri Kaya dan saya seperti biasa gatal mulut tanya Cef kat mana dia beli double boiler ini, Cef yang berasal dari Kelantan yang baik hati ni pun beri tahu dia beli di Pengkalan Kubur, Free Trade Zon, so lepas kursus petang terus pergi cari double boiler ni..last- last jumpa pun ade 2 set aje..terus sapu dan duit dalam poket terbang RM150.00 !.

Double boiler ni banyak kegunaan, selain nak cairkan coklat, boleh juga buat Jem, Seri Kaya dan pelbagai masakan lagi. Element yang penting bila kita guna double boiler ni mengikut teknologi makanan, bahan yang kita masak akan sekata masak dan susah nak hangus atau hangit terutama yang melibatkan gula berbanding jika kita masak terus atas api.

Inilah hasil coklat yang saya buat anda boleh cuba buat.


..









6 comments:

Quantum''s World said...

seronok baca artikel tuan yg b'sahaja nie... hhihii... tapi kenapa x disertakan sekali dengan bahan2 dan kaedah membuatnya?? (^_^)v

zai said...

kalau x nak gunakan double boiler,anda boleh gunakan bekas ais kat umah tu...caranya masukkan air panas dan masukkan periuk nasi letrik di atasnya...anda boleh lawati http://www.mychocolatesense.blogspot.com/
tapi mak budak baru belajar buat coklat dan buat blog..jadi excuse me ok

beddy :D said...

kalau ade video cara mmbuat lagi oke . sbb nmpk hasil die sngt bagus . teringin nak buat .

norhayati said...

salam...
buleh x klu dgn jasa baek..bg resepi camne nak buat choclat nie...teringin nak wat coz anak2 suka mkn,,tp x tau nak wat camne...
tq

pandan said...

wah.. cam sedap je kn?? :) kalaulah kite pndai wat coklat.. ari2 ley mkn coklat buatn sndri.. xler nk brhabis duet nk beli coklat yg sedap + mahal tu.. :)

hidayah said...

salam..sye pelajr lepasn spm yg dpt diploma in food tech,tp still confused adakah bidang ini menawarkn peluang pekerjaan yg cerah?

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.