Wednesday, October 21, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Kerepek Ubi kayu


Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara mudah tapi tak senang nak buat kerepek ubi kayu.

Sebermula adapun nak buat kerepek ubi kayu ni bermula daripada ubi kayu itu sendirilah. Ubi kayu yang sesuai untuk buat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya warna kuning dan berumur tiada lebih ia daripada lapan bulan. Maknanya ubi kayu isi putih tidak sesuai nak buat kerepek. Namun jika buat kerepek ubi kayu rasanya keras lebih - lebih lagi ubinya yang dah tua jadi kayu.Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk buat kuih muih seperti bengka, kuih lain, pengat, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain atau nak mudah ubi kayu isi putih kita rebus kemudian makan dengan kelapa parut muda ataupun makan dengan ikan gelama kering yang digoreng panas - panas ataupun kita boleh makan dengan ikan kembung goreng sambil menghirup secawan kopi pekat...pekena ni...lupa mak mertua lalu kat belakang !.

Ok kita berbalik kepada nak buat kerepek ubi kayu ni. Teknologi Makanan membuat kerepek ini bermula bila ubi ada ditangan kita. Kulit ubi kayu ni kita buang, kemudian basuh bersih - bersih dengan air paip yang mengalir supaya kotoran tanah tidak melekat pada isi ubi kayu.

Setelah di bersihkan, ubi kayu kemudian dipotong nipis guna pisau atau nak mudah guna slicer cepat dan pantas. Pemotong ubi kayu ni pong banyak jenis jika nak buat kerepek ubi kayu nipis pakai slicer tapi jika nak buat bentuk jejari ada mesin pemotong bentuk jejari.

Selepas dipotong nipis , hirisan ubi kayu kemudian dibasuh sekejap juga pada air paip mengalir kemudian ditoskan. Panaskan minyak dalam periuk atau kualiti dan pastikan minyak banyak dan panas. Pada masa mengoreng ini kena berhati -hati sebab minyak panas dan hirisan ubi kayu itu basah, bila masuk dalam minyak, minyak panas boleh merecik..so guna senduk atau sudip panjang la. Goreng kepingan ubi kayu ini hingga masak dengan warna kekuningan kemudian angkat dan buang minyak. Jika nak buat secara besar - besaran kena guna mesin buang minyaklah.

Selepas buang minyak, jika nak buat kerepek ubi kayu masin maka kita gaul dengan sedikit garam. Namun jika nak buat kerepek ubi kayu pedas manis kena gaulkan dengan perencah pedas manis.

Untuk buat perencah pedas manis biasa aje, cili boh boleh pakai, sedikit air asam garam dan gula ditumis hingga pekat dan likat dalam kuali kemudian perencah ini digaulkan sedikit demi sedikit dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi.

Jika nak buat kerepek ubi kayu dengan lain - lain perisa seperti perisa lada hitam, perasa barbeque, perasa keju dan macam -macam lain perisa dapatkan perisa ni kat kedai dan gaulkan dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi dengan sekata.

Pada sesetengah usahawan sedikit kunyit digaulkan kepada hirisan ubi kayu yang telah dibasuh untuk memberikan warna kuning kemasan kepada gorengan kerepek ubi kayu. Setelah kerepek ubi kayu sejuk ia boleh di timbang dan masuk dalam plastik untuk makan sendiri atau dijual.


Nak buat kerepek ubi kayu ni kena belajar daripada pakar


Kulit ubi kayu dibuang dan tengok isinya warna kuning.



Selepas di buang kulit ubi kayu di basuh dan selepas potong pun hirisan dibasuh sekali lagi . Lihat ditepi gambar hirisan standby untuk dibasuh.

Setelah ubi kayu dibasuh bersih ia dipotong nipis dengan mesin slicer ini. Mesin ini dibuat sendiri oleh usahawan dan mungkin boleh tanya kat kedai


Setelah hiris ubi kayu di toskan, ia digoreng pakai mesin inilah dikilang. Ia auto goreng dan boleh timming berapa lama dan goreng nanti ubi kayu yang siap masak di angkat sendiri dan ditos diatas kuali pengoreng ini. Namun jika nak buat kat rumah pakai aje periuk dengan minyak yang banyak sebab nak buat deep fryer.

Selepas goreng kerepek ubi kayu dibuang minyak dengan mesin pembuang minyak. Jika kerepek ubi kayu banyak minyak ia cepat rosak selalunya tengik.


Untuk buat gaulan, mesin pengaul ini digunakan kerepek ubi kayu yang siap goreng dimasukan kedalam mesin pengaul dan perisa di tabur sedikit demi sedikit hingga sekata ikut formulasi masing - masing. Jika garam lebih masin la...nasib..




Setelah di gaul kerepek ubi kayu di letakkan atas meja ini. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek ubi kayu di tarik kedalam bekas melalui sudut yang lain

Ini saja yang saya dapat kongsikan jika pertanyaan boleh buat kat cooment.

Teknologi Makanan...see u..bye..next...

9 comments:

puteri said...

Salam, tksh atas blog yg padat kandungannya lg ceria. Nak tahu di mane kilang kerepek tu?

maz said...

A.kum,terima kasih atas maklumat dan tunjuk ajr. saya ada buat kerepek ubi kecik2 dirumah, nipis kerepeknya. castomer minat yg nipis2.masalah saya bagaimana nak tuskan minyak pd kerepek tersebut tanpa alat mengetus minyak???pelbagai cara telah saya buat tapi minyak masih byk. berbeze dgn kerepek2 lain yg saya buat.

Cik Yang said...

Salam!! terima kasih tip nyer.. saya dah buat semalam keras berdengun.. mungkin silap saya rendam dengan garam. Thanks

zuraidah said...

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT ....
BOLEH REKOMEN DI MANA BOLEH DAPAT HARGA MESIN-MESIN UNTUK MENGORENG DAN PERLATAN YANG BERPATUTAN.

TQ

TEL: ZURAIDAH 012-6655218

joy said...

Salam, saya usahawan baru yg nak buat kuih maruku yg akan dipasarkan xlama lagi. Saya nak tau kat mana nak beli semua mesin2 tersebut terutamanya mesin buang minyak.. Adakah kuih maruku sesuai utk pemprosesan tersebut?

Minta tolong ye .. Terima kasih

Email kan ke arzul27@yahoo.com

beloGIsam said...

blh x namakan mesin yg dalam gmbr,, nak tau nama n function kit

capilanohoney said...

Salam. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Tapi kat mana nak dapat mesin penapis minyak, mesin menggoreng tu, dan mesin penggaul tu? Berapa harga saudari beli. Feedback saudari akan sangat membantu saya untuk mengembangkan perniagaan saya. Please email saya: zelhanapi@gmail.com..Terima kasih banyak-banyak

nor atikah azman said...

salam, saya nak tahu kat mana kilang kerepek 2 ye? email kat saya:
noratikahazman@gmail.com
ASAP..

pesona non grata said...

Salam nak tanya sikit..kaku buat kerepek ubi kentang kaedahnya sama dengan kerepek ubi kayu

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.