Saturday, October 31, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Jeruk Cili

Hari ini saya nak kongsi cara nak buat jeruk cili. Caranya amat mudah dan teknologi makanan yang terlibat adalah merupakan satu proses untuk menyimpan cili secara menjeruk dengan cuka.

Cara nak buat jeruk cili pada awal pilih cili hijau dan potong.


Cili dipotong

Celurkan cili hijau itu dengan air panas, masukkan kedalam botol dan kemudian kita tambah sedikit garam dan gula kemudian cuka tiruan yang biasa kita beli kat kedai. Kaedah teknologi makanan menjeruk cili ini akan menjadikan kita dapat makan cili diluar musim selain daripada sos cili.

Jika kita nak makan cili berkicap, kita keluarkan cili yang telah dijeruk semalam dan masukkan dalam bekas dan tambah kicap aje. Ini mudah dan sangat sedap jika kita makan dengan mee goreng ataupun bihun goreng ataupun untuk kita makan dengan nasi panas berlauk ikang kering pong jadilah. Cili jeruk juga sedap dimakan bersama BUDU ataupun Cincalok atau diratah begitu sahaja bagi yang suka makan pedas.

Namun jika nak buat bisnes ok juga. Cuba survey kat market, ade orang jual dak ?. Susah nak dapatkan...so mananya ada pasaranlah produk ini yang mudah boleh buat kat dapur rumah dan jual kat kedai - kedai. Cili jeruk ini mudah nak buat tapi orang kekadang malas, oleh itu pasti adae yang sanggup beli. Mungkin boleh dijual ke restauran - restauran jika kena cara serta harga. Selamat mencuba dari Teknologi Makanan hari ini.


Hasil boleh diisi dalam botol plastik. Awas jika isi dalam botol kaca tudung botol boleh berkarat kerana cuka masam boleh karatkan besi tudung.

1 comment:

trgcybernet ( SAMSUDIN ) said...

salam...bagaimana kalau kita nak buat secara cormercial..untuk jualan..apakah perlu atau ada bahan2 lain seperti campuran pengawet untuk memastikan ia tahan lebih lama dan cuka tidak bertukar warna menjadi keruh. saya dah cuba buat tetapi selepas 3 minggu cuka akan berubah menjadi keruh...terima kasih ..harap dapat membantu..

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.