Monday, May 11, 2009

Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Makanan


Bidang teknologi makanan ini cukup luas dan saya masih ingat kata-kata pensyarah saya yang mengatakan selagi ada manusia yang memerlukan makanan maka selagi itulah Pegawai Teknologi Makanan atau lebih glamour di kenali sebagai Food Technologist, diperlukan.

Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pelbagai lagi.

Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.

Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.

Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi.

Bagi saya, lulusan ini perlu berpengetahuan luas, bukan sekadar menelan apa sahaja yang diajar di universiti ataupun kolej !. Perlu ditingkatkan keterampilan, bahasa dan pelbagai pengetahuan dan yang paling penting minat yang mendalam dalam bidang teknologi makanan ini. Jangan fikir sahaja nak kerja kilang, lab , makmal itu sahaja skopnya !. Think big !.

Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem GMP, ISO , HALAL dan HACCP, jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju...yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, bukankah negara kita sedang menuju ke negara maju 2020 ?. Oleh itu bersedialah bagi mereka yang sedang menuntut dalam bidang ini. Selamat maju jaya..
Hidup Food Technologist ITM Shah Alam

25 comments:

ida said...

pendedahan yg baik skali tuk student foodtech..

bintang said...

salam...
sy student food tech upm... boleh sy tau x, how to get the food tech magzine by IFT di malaysia??

Zahraa' said...

betul tu..
saya pun lepasan UiTM Shah Alam..
baru saja gran pada Disember 2010 lepas..
saya dah pun bekerja di bahagian R&D sebuah company yang membuat penyelidikan tepung gandum..

sebelum grad saya dah di panggil bekerja..
memang peluang kerja untuk student food tech ni luas..

naimah said...

salam ...saya spm amik akaun ,chemist dan fizik ..bidang ini perlukan subjek bio ke ??? saya minat sgt dalam bidang ni :D

pandan said...

timbul minat bile bace entri ni.. :) nice...

wokonghero said...

salam,sye bru bru nk smbong study..sye mnt sngt dlm bdang nie..tp sye aliran sastera bkn sains..boleh ke sye ambk bdang nie???sye btol2 confuse nie...boleh x spe2 tlong bg pendapat...

Nuraini Ramli said...

wokonghero...
blh nk apply..apply la poli..hanye 1 poli je yang offer corz food tech ni dlm m'sie.. poli.sultan haji ahmad shah kuantan (polisas)...sy student polisas... tp result subject sains mst atleast b.. try la ye..

Nuraini Ramli said...

sy nak tnye...sme ke sylibus poli n ipta lain yg offer corz ni? harap blh komen..

IwanGraphy said...

waa.. nk mintak la.. sy lepasan spm 2010...n layak mintak lpas semak kat imas-cu.. hope dapat... ^,^

Hafiz Jay said...

sye budak spm lepasan 2010....dpt kursus food tech kt uitm...mule2 mcm x berkenan dgn kursus ni. tp bile da buat research baru tahu keistimewaan kursus nie...thanks...

Cik Aira said...

saya dapat sambung belajar food tech di uitm , mula2 bersemangat nak pergi , tapi tibe2 ada kawan pernah jumpa dengan kaunselor sekolah , katenye susah nak dapat kerja sekarang ni , betul ke ??

tapi saya dah minat , nak buat macam mana ,

tapi mana lagi bagus , amek dip foodtech o matrik ???

Dieyla said...

fakta yang amat menarik sekali tentang food tech...sy amat-amat bersetuju tentang pendedahan ini..sy merupakan pelajar food tech di politeknik sultan haji ahmad shah,kuantan...lps abis dip insyaallah nak sambung degree lam bidang ni gk..

shah said...

salam...
saya pn dulu aliran sastera...
tp dpt kos nie,sy terus p tanpa fikir panjang..
mlanya kecewa sebab ssh x boleh bawak n gagal paper kimia n bio tp alhamdullilah masuk sem 2,sy mula minat n pointer semakin bgs..skunk sy sudah berani tok berckp tntg mknn..
sy juga pernah ditawarkan kerja sbg QC sedangkan pda ketika itu sy berada di semester 4..bg sy bidang ini sgt luas !...skunk sy sdg mnunggu jwpn temuduga mardi..

A T I K A H L A T I F F said...

saya pelajar food tech dan berbanggan menjadi pelajar food tech

Amira Syahirah said...

assalamualaikum.nampak nye ramai budak food tech disini.saya pelajar Food technology.Course yang sangat menarik dan jarang orang ketahui course ini baik untuk mendapat peluang pekerjaan.Saya berharap sangat masyarakat tahu ape sebenarnya kos Teknologi Makanan sendiri,kerana ramai berpendapat course ini kos masak-masak.Di mana ye nak dapatkan magazine IFT?

Norazalia said...

Assalamualaikum...

Kepada adik-adik yang baru nak berjinak dengan kerjaya food tech ni akak ucapkan tahniah. Jangan cepat putus asa bila org ckp bidang ni xde kerja. akak sekarang dah kerja dengan kerjaan sebagai pegawai teknologi makanan di MOH. sebelum ni akak kerja di bahagaian hab halal jakim juga sebagai pegawai teknologi makanan. jadi sebenarnya peluang kerja sangat banyak. Setiap pejabat kesihatan daerah akan perlukan pegawai teknologi makanan.good luck and all da best pada semua =)

Farah Azmi said...

Saya student dip.food tech di UiTM Kuala Pilah dan saya dh sem 4 skrg..cpt sgt rasa masa berlalu..lg satu sem study then practical..so far course nie best coz kta dpt bnyak pglaman n tahu mcm2 pasal makanan..insya-Allah saya nk sambung degree n sterusnya dlm bdg nie..kalau boleh nk jd nutritionist..hehe..mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT,insya-Allah,aamiin..

Nur Farahin Arsad said...

assalam. kalau ambil bidang food tech boleh lanjutkan kerjaya sebagai nutritionist ke? mohon pencerahan :)








c h e s e n a h ! said...

hmm. nak masuk dip teknology makanan kat polisas, tapi boleh sains saya D ! omg! hmm.. akak bekas polisas kan? ada membe akak sains dia D tak?

fяeαk.| N T G ™ said...

Chesenah !

biase nye kat poli yg sains agak rendah akn/mungkin dipanggil untuk second intake. xpun kemasukan khas . inshallah rezeki adr :) . lepas bace ni semangat tambah nk blajar food tech hhuhu . walaupn kecewe fizik xdak . chemist and bio utama

Sara Ali said...

Tumpang tanya, apa syarat untuk ambil kos ini?

BidadariBesi [SYAA] said...

salam. saya pelajar kos teknologi makanan di polisas. baru masuk sem 2. saya bukan budak sains tulen. masa spm saya amek akaun. hah, memang jauh beza. dulu takde pun belajar kimia dengan bio, sekarang tu lah makanan harian dekat sini. so far okay, cuma banyak lab report. hahahahha

wafa senapi said...
This comment has been removed by the author.
wafa senapi said...

saya pon student food tech kat POLISAS kuantan insyaallah smbung degree lak :)

Izzat Nazir said...
This comment has been removed by the author.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH : Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.