Wednesday, March 25, 2009

Pemasaran Nadi Perniagaan

Pemasaran merupakan nadi ataupun jatung sesebuah perniagaan kerana tanpa pemasaran, apa jua aktiviti perniagaan alamat lingkup jadinya. Sebelum seseorang usahawan ataupun individu menjadi usahawan, adalah dicadangkan supayan individu berkenaan membuat analisis kendiri. Analisis ini penting untuk menentukkan sama ada individu itu layak ataupun menjadi usahawan !.

Hakikat sebenarnya tidak semua orang mampu menjadi usahawan, walabagaimanapun seseorang itu mampu menjadi usahawan jika ia memiliki ciri -ciri ataupun kehendak serta sanggup hidup dengan displin seorang usahawan. Ayat ini bunyi berbelit - belit namun itulah hakikatnya. Untuk menjadi usahawan yang berjaya sebenarnya akan ditentukan oleh sikap serta displin individu serta semangat yang jitu dengan keinginan yang mantap.

Faktor modal, ilmu bukan menjadi persoalan yang besar sebenarnya, jika sikap keinginan serta displin yang ada, maka terpacullah peribahasa kita; 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya'. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita jangan sekali menjadi usahawan 'pak turut' yang amat berbahaya ataupun usahawan 'know who', kita perlu menjadi usahawan ' know how', kerana 'who' yang kita akan bergantungan itu akan leyap jua akhirnya dan kita akan terkapai-kapai jua, lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang penuh cabaran pada hari ini.

Jika kita nak bela keli kerana dengar keli ada prospek, namun kita sendiri tak tahu nak jual kat mana ini jelas bermakna kita menjadi usahawan ikutan. Oleh itu sebelum kita menceburi apa jua bidang, cari ilmu sebanyak mungkin, buat kajian pasaran, rancang perniagaan kita dengan teliti dan dapatkan maklum balas daripada pelbagai sumber serta buat kajian sendiri. Tanpa ini semua pelaburan serta perniagaan yang ingin kita ceburi itu akan lebur begitu sahaja dan yang bahayanya kita akan dikejar hutang keliling pinggang !.

Kajian pasaran amat penting kita laksanakan, untuk sedikit kemudahan pasaran, jual sesuatu yang diperlu oleh pasaran dengan harga yang mampu diterima oleh pengguna terutama dalam ekonomi terkini. Usahawan perlu amat peka kepada kehendak pasaran, jika tidak dia akan hanyut oleh badai ekonomi. Sebagai contoh pada masa lalu, pek -pek ekonomi sungguh popular terutama untuk produk serbuk pencuci, namun kita pek yang lebih kecil lebih digemari kerana kuasa beli dah menurun dan wang yang ada ditangan pengguna semakin mengecil. Oleh pek sabun dalam saiz pek ekonomi tidak sesuai pada masa kini.

Satu lagi pendekatan yang lebih mudah untuk dilihat adalah, pergi ke hypermarket dan lihat apa yang telah dilakukan oleh 'The Big Boys' atau dengan kata lain apa yang telah dibuat oleh syarikat -syarikat besar. Jika the big terjun kepasaran ataupun melakukan perubahan drastik keatas produk, harga ataupun pembungkusan, kita boleh jadikan ia panduan untuk kita ikut. Ini kerana the big boys ni tak melabur ataupun membuat perubahan tanpa kajian yang mendalam yang melibatkan jutaaan ringgit,kerana pelaburan perubahan mereka juga akan melibatkan jutaan ringgit atau dengan kata lain jika the big boys buat pasti ada lubang duit disitu.

Sebagai contoh jika dahulunya syarikat A tidak pernah mengeluarkan produk kopi campuran 3 dalam 1 Tongkat Ali, namun kini dia dah follow buat juga, pasti ada duit dalam pemasaran kopi campuran 3 dalam 1 tongkat ali.

Trend juga perlu menjadi fokus utama dalam aktiviti pemasaran ini kerana jika dahulu emak - emak kita sunggup beli keli hidup dipasar, balik disiangnya dan digulai ataupun digoreng, adakah perkara yang sama berlaku kepada surirumah yang bekerja tinggal dibandar pada hari ini, jika pasaran keli kita dibandar ?. Semua ini perlu diambil kira dalam aktiviti pemasaran kita. Jika kita bergantung kepada pemborong, kalau pemborong cabut lari, bagaimana ?.

Oleh itu sebelum menceburi apa jua bidang...fikir - fikirkan lah...

No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.