Saturday, February 14, 2009

Tauge Sayur Mudah Banyak Khasiat Tapi Awas....

Tauge merupakan jenis sayuran banyak orang kita makan. Banyak kegunaan tauge ni ada guna dalam popia, sayur, mee kari, char koe tiau, tahu sumbat dan lain - lain lagi.Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.

Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Namun begitu pernahkah anda beli tauge ni ?. Selalunya jika kita beli tauge ni di kedai ataupun dipasar, tauge ni akan disimpan dalam baldi yang ada air, agar tauge ni segar sentiasa dalam air tersebut. Tapi tahukah anda berapa banyak tangan yang dah celup dalam baldi nak ambik tauge ni dan tangan sape ya ?..Cucikah tangan itu ?.Fikirlah sendiri...sendiri mau ingat...

Bagi atasi masaalah ini tauge ni kita boleh buat sendiri dan jual kat rakan dipejabat atau beri kat jiran-jiran. Cara nak buat tauge ni cukup mudah hinggakan anda boleh jadi tauke tauge pulak..Jangan lupa dinegara kita memang ada Persatuan Pengeluar Tauge ni ya !.

Tauge dibuat daripada kacang hijau atau kacang hitam.Cara mudah amik segengam kacang hijau dan rendam dalam air selama 6 jam. Toskan dan masukan kacang ini dalam bekas berlubang halus dan siram setiap 3 jam selama tiga hari. Selepas tiga hari kacang hijau dah jadi tauge dan anda dah jadi tauke tauge la...selamat mencuba..


No comments:

PANDUAN BUAT DUIT TANPA MODAL 2017

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.