Tuesday, December 15, 2009

Kuih Bangkit Menerjah Era Moden

Teknologi Makanan pada hari ini telah banyak membantu kehidupan kita dalam aspek penghasilan makanan yang lebih cekap, mudah serta berkhasiat. Pengunaan teknologi makanan semakin meluas dikalangan usahawan makanan kita pada hari. Langkah usahawan pengeluaran makanan terutama bumiputra menggunakan teknologi makanan dalam menghasilkan produk yang bermutu harus dipuji dan perlu kita sama menyokongnya.

Kita semua sebagai pengguna, terutama pengguna muslim perlu memberikan sokongan padu pada pengusaha makanan bumiputra ini dengan membuat pilihan membeli produk - produk keluaran bumiputra muslim yang halal lagi suci. Halal lagi suci inilah yang menjadi daya penarik utama makanan yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra muslim. Walaupun kekadang harga produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra ini sedikit mahal namun saya yakin sebagai seorang Islam kita pasti telah membuat pilihan bijak lagi tepat dengan membeli produk keluaran usahawan bumiputra muslim kerana konsep halal lagi suci ini amat penting bagi seseorang muslim.

Para pengusaha makanan bumiputra pun pada masa ini tidak kurang hebatnya dalam pengeluaran makanan kerana sebahagian besar pengusaha makanan ini telah pun menggunakan mesin - mesin teknologi makanan yang canggih serta hebat dalam penghasilan produk makanan.

Satu daripadanya adalah dalam pengeluaran kuih bangkit dimana mesin yang canggih telah digunakan. Penggunaan teknologi makanan dalam penghasilan kuih bangkit ini akan meningkatkan produktiviti serta juga mampu mengurangkan kos pengeluaran dan ini menjadikan produk dapat dijual pada harga berpatutan serta mampu bersaing dipasaran.

Bila melihat kepada kuih bangkit ini kekadang saya ketawa sendirian, kerana bagi kuih bangkit ini sebenarnya adalah sejenis biskut namun entah kenapa ia di kenali sebagai kuih. Pengunaan mesin penerap acuan ini mampu menghasilkan kuih bangkit dalam jumlah yang banyak hanya dengan menggunakan seorang pekerja sahaja.


Inilah kuih bangkit



Mesin penghasilan kuih bangkit


Penggunaan Teknologi Makanan dengan menggunakan mesin mampu meningkatkan pengeluaran kuih bangkit yang pada asalnya dihasilkan secara tradisional.


Bila pengeluaran banyak ia boleh dijual secara borong

Friday, December 11, 2009

Laksam Makanan Pilihan

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah nak buat laksam. Laksam merupakan satu lagi makanan kegemaran saya.Laksam bagi saya merupakan satu produk teknologi makanan hasil kretiviti orang kita suatu cara lain nak makan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia terutama bagi penduduk negeri Kelantan.

Oleh sebab itu jika anda berkunjung Kelantan, pada waktu pagi makanan 'breakfast' sebahagian besar adalah dalam bentuk nasi. Di Kelantan ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kerabu hitam, nasi kapit (nasi impit), laksa dan juga laksam serta pulut pagi. Semua hidangan ini adalah merupakan hasilan beras dan makan nasi dipagi hari ni jadi budaya orang Kelantan dahulu. Cuma bila zaman moden sikit mulalah makan roti bakar, roti amplet, roti canai namun tak leh lari daripada makanan nasi pagi. Seumpama tak pekena nasi pagi tok leh nok buat kijo la..

Semasa kecik saya selalu beli nasi berlauk dengan lauk ikan ayo atau ikan tongkol dan juga laksam untuk makan pagi. Kekadang arwah ibu ada juga buat laksam ni dan saya dok tolong dia kat dapur lalu dapat sikit buat sendiri laksam ni.

Teknologi makanan yang terlibat dalam buat laksam ini adalah beras dikisar menjadi tepung. Tepung beras ini kita campur dengan air serta tambah sikit tepung gandum untuk bagi tektur yang liat sikit kemudian masukkan dalam bekas membentuk lapisan nipis macam buat telur dadar. Pada waktu dahulu saya guna tudung periuk aje senang kerana secara langsung ian jadi acuan yang menarik .

Dari tudung ni kita gunakan masak dengan mengukuskan dan di kukus hingga masak. Lepas masak kita sejukkan dan gulung. Laksam kemudian digunting dan makan bersama kuah sama seperti kuah laksa.Pengukusan laksam sebenarnya adalah kaedah teknologi makanan yang dipakai, iaitu memasak sesuatu makanan dengan menggunakan stim. Stim memberikan kepanasan yang sekata pada suhu lebih kurang 100 darjah celsius dan tak lebih dari itu. Oleh itu dengan guna stim makanan tak akan hangus dan mudah dimasak.

Ini laksam yang saya buat di rumah 3 minggu lepas, so far oklah guna tepung beras dah siap ready.


Tepung beras di bancuh dengan air dan dicampur dengan sedikit tepung gandum.



Adunan di masukkan dalam acuan yang disapu sikit minyak.


Adunan dalam acuan kemudian dikukus. Nak cepat sebab saya juga guna periuk nasi untuk jadi kukusan selain kukusan yang sebenar. Cepat siap cepat boleh makan...dak gitu...


Laksam sudah masak..dibiar seketika kemudian digulaung.



Nah dah jadi home made laksam. Ready nak potong pakai gunting dan dimakan dengan kuah serta ulam.Kuah laksam dibuat dengan santan dan isi ikan...pekena ni perrrrrgggg

Thursday, December 10, 2009

Nasi Lemak oh Nasi Lemak

Nasi lemak itulah satu makanan kegemaran saya dan bila mana ada yang jual nasi lemak sudah pasti saya akan mencubanya. Walaupun saya sendiri kurang gemar makan pedas terutama waktu pagi..bila makan sakit perut..namun jika ada nasi lemak amat teringin nak cuba try.

So nak jadi cerita pada 3 Disember yang lalu on the way to Miri..I pergilah ke KLIA. Flight saya sebenarnya jam 1.30 pm namun takut tertidoq kat rumah pi awal. Saya tiba di KLIA jam 8.00 pagi setelah check in..melilau kat KLIA. Perut rasa lapar pula lalu cari kedai - kedai makan kat situ...nampak la satu stall jual nasi lemak. Nak cuba try lah walaupun dah agak nasi lemak ni..kurang - kurang RM15.00. Saya pun orderlah nasi lemak lauk ayam dengan kopi ais...Masa nak bayar..mmm..berapa rege ni dek..RM25.00 !.

Makan ajelah namun ayam..yang diberi adalah rendang ayam..kurang sedap bagi saya dan perkara yang paling tak sedap adalah semasa dok makan tu..ade la lalat dok terbang ka hulu ke hilir..aiya potong stim nak makan nasi lemak...so makan tak abis cabut la..begitu lah kita ye...I'm sorry to tell the truth..

Lalat ini merupakan satu musuh utama dalam perkara pengeluaran makanan. Sebab lalat ni di suka makan benda kotor..Dalam bidang teknologi makanan jika ada lalat..menunjukkan tempat itu kotor. Oleh itu elakkan makan kat kedai ade lalat, kecuali Kedai Lalat di Kelantan..pun begitu saya tertanya kenapa nama tempat tu Kedai Lalat ?. Tempat lalat pergi shoping ka ape ?


Nasi Lemak makan kat KLIA.


RM25.00..
Sape kat nasi lemak kita tak de klass...Jika makan kat Melbourne Australia...mmAUST7.00..Kat London I belum try lagi...pernah makan kat Malaysia House London ( dulu2 la)..tepung pelita 1 bungkus 1 pound...

Wednesday, December 9, 2009

Silap Mata Dengan Teknologi Makanan


Dalam dunia perniagaan dahulu hingga kini ada segelintir peniaga bermain silap mata dengan teknologi makanan. Silap mata ni bahasa halus sayalah yang kurang lebih maksudnya penipuan dengan menggunakan kemahiran dalam bidang teknologi makanan, sama ada mereka ini sedar ataupun tidak. Mungkin juga ilmu itu diperturunkan dari satu generasi kegenerasi yang lain.

Bagaimana teknologi makanan digunakan untuk mengaut keuntungan hasil penjualan produk makanan samaada secara dibenarkan ataupun secara tidak dibenarkan. Saya kongsikan sedikit pegetahuan yang saya tahu berkaitan silap mata dengan teknologi makanan ini untuk pengetahuan umum sahaja.

1. Air dicampurkan kedalam gula untuk mendapatkan timbangan yang lebih !.

Pelik bin ajaib bukan !. Ya ada sesetengah peniaga apa bila menjual gula, gula daripada guni atau beg gula yang besar akan dimasukkan kedalam tempayan yang besar. Tempayan ini mungkin boleh muat 2 beg gula lebih kuran 50kg, lalu 2 - 3 kilo air bersih dicurahkan dalam tempayan...tuss..gula jadi basah..tak jadi sirap..sebab gula banyak daripada air...seumpama mencurah air kedalam pasir..air hilang begitu sahaja..tapi gula basah..so bila jual..timbangan berat tapi bukan ianya berat 100% gula tapi gula campur air..jika dilihat gula itu sikit basah...wa..mau untong ma...busat untung...

2. Betik atau Buah Kundur dalam Buah Pala Hancur.

Kekadang bila kita beli jeruk buah pala terutama hirisan hancur jeruk buah pala, harganya murah sikit jika dibandingkan dengan jeruk buah pala yang dipotong dua. Ini kerana segelitir peniaga mencampurkan hirisan buah pala itu dengan betik matang ataupun hirisan buah kundur kerana betik matang atau buah kundur warna putih dan jika dicampur sikit perisa buah pala serta digaul dengan buah pala asli..tak dak beza ma.....

Begitu juga sesetengah produk makanan seperti sos cili, betik masak digunakan untuk memberi 'body' kepada sos cili..oleh itu kekadang ia bukan 100% cili segar ataupun cili kering !.

3. Madu Lebah Asli dan Madu Lebah Tipu

Madu lebah asli pun boleh dibuat terutama madu lebah yang dihasilkan oleh lebah ternak. Madu lebah asli disini bermaksud madu itu asli dikeluarkan oleh perut lebah namun cara lebah dapat madu itu kurang asli kerana ada sesetengah lebah ini diberi makan gula merah. Caranya sebungkus gula merah diletakan dekat sarang lebah..so lebah pekerja ni tak payah pi jauh-jauh ..dia makan gula merah dan hasilkan madu dari gula berkenaan.
Begitu juga ada sesetengah pengumpul madu dibawa gula kedalam hutan dan letak kat pangkal pokok yang atasnya sarang lebah..so dapat la madu banyak.... Pelaburan sekilo gula dengan sekilo madu yang dihasilan amat besar untungnya...

Mana kala madu lebah tipu adalah air gula yang pekat dimasak secara pelahan - lahan kemudian sedikit asid makanan seperti sitrik asid ditambah. Asid akan memecahkan gula kepada glukosa dan fruktosa dan warnanya likat seperti madu. Madu sebahagian besar terdiri daripada gula glukosa dan fruktosa manakala gula pasir adalah sukrosa (sukrosa adalah campuran glukosa dan fruktosa)



@ Teknologi Makanan

Tuesday, December 1, 2009

Cara Nak Buat Kerepek Pisang

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kerepek pisang. Kerepek pisang amat mudah untuk kita buat dan boleh memberikan hasi pulangan yang lumayan terutama pada musim perayaan dan saya ada dengar katanya harga kerepek pisang tandok sekilo mampu mencecah RM12 pada raya puasa yang lalu dan masaalahnya bekalan tak cukup !. Bukan tak laku !.

Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang ini bermula daripada aspek pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk buat kerepek. Tidak semua pisang sesuai untuk buat kerepek pisang kerana rasanya akan menjadi tidak sedap. Jenis pisang yang paling sesuai untuk buat kerepek adalah pisang tandok namun bekalan kurang dan harga agak mahal. Ini kerana sifat pisang tandok itu sendiri berbuah dak de la banyak untuk setandan. Selain pisang tandok, pisang abu atau nipah dan pisang nangka serta pisang buluh juga biasa dibuat kerepek.

Untuk membuat kerepek pisang ini, pisang yang matang dipilih kerana berdasarkan teknologi makanan pisang yang masak tak sesuai buat kerepek kerana pisang masak lembik dan juga kandungan gula tinggi jika digoreng,gula akan menghitamkan pisang kerana dah jadi karamel.

Cara nak buat kerepek pisang ini amat mudah dan bahan lain yang diperlukan adalah kualiti, minyak masak, sedikit garam, dapur, pemotong pisang atau slicer atau nak mudah pemarut atau dikenali juga sagat.

Teknik teknologi makanan untuk buat kerepek pisang adalah minyak dimasukkan kedalam kualiti dan dipanaskan hingga benar - benar panas. Pisang matang dibuang kulit dan terus disagat atau di 'slice' nipis kedalam kuali dan digoreng hingga warna kekuningan.

Pisang yang telah siap digorengkan ditoskan kemudian disejukkan. Jika nak masin pada rasa pisang, boleh gaul dengan sedikit garam dan dibungkuskan dalam plastik untuk makan sendiri ataupun untuk dijual.



Pisang Abu atau Nipah atau Kebatu (Bahasa Kelantan)


Pisang Nangka


Pisang Tandok


Pisang matang


Pisang dibuang kulit tak perlu basuh terus slice masuk dalam kuali


Pisang di slice terus dalam kuali dengan minyak yang panas



Pisang yang telah di slice dikacau perlahan - lahan hingga masak kekuningan. Gambar seorang usahawan pengeluar kerepek pisang di Sabah.

Alat slicer pisang untuk skala besar untuk buat kilang seperti usahawan di Sabah tu.


Jika nak buat kerepek pisang kat rumah untuk sesikat pisang tanduk tu boleh pakai alat ni aje.

@ Teknologi Makanan

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Aidil Adha atau Korban 2009

Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban tahun ini saya tidak balik kekampung dan berhari raya dirumah Apartment Daisy U3 Shah Alam yang berdekatan dengan Kampung Melayu Subang ataupun berhampiran dengan Subang Airport. Persatuan penduduk Apartment Daisy telah menyediakan 4 ekor lembu untuk dikorbankan pada tahun ini dan saya sebagai penduduk turut serta berkerjasama dalam menjayakan korban pada tahun ini.

Penyembelihan lembu juga memerlukan teknik dan kemahiran tertentu yang juga melibatkan bidang teknologi makanan. Sebagai contoh penyembelihan halal ini memerlukan pisau yang tajam dan kaedah penyembelihan ini menjadikan hasil yang diperolehi amat baik. Didalam bidang teknologi makanan, lembu daging yang sudah disembelih perlu diuruskan segera supaya ia tidak tercemar dengan bakteria ataupun agen - agen yang boleh merosakkan daging.Dalam bidang teknologi makanan dalam urusan penyembelihan ini sebenar terdapat pelbagai jenis pisau yang digunakan untuk pelbagai jenis daging semasa menguruskan daging lembu.



Kerjasama daripada penduduk memudahkan acara penyembelihan ini dan semua siap diurus menjelang 12.30 tengahari.


Penyembelihan halal menjamin daging yang baik dihasilkan

Memulakan penbuangan kulit dengan melapah bahagian kaki


Dengan pisau yang tajam kulit mudah dilapah.



Kulit hampir siap dilapah dengan konsep teknologi makanan, kulit dihampar bagi mengelakkan daging terkena tanah.


Wanita turut juga memainkan peranan dalam ibadah qurban ini.


Daging diurus segera dan dipotong untuk diagihkan kepada penduduk.

Teknologi Makanan

Sunday, November 1, 2009

Rahsia Mudah Buat PIZZA


Pizza merupakan makanan yang semakin digemari pada masa ini dan teknologi makanan yang terlibat dalam penghasilan pizza adalah teknik membuat roti. Secara asasnya dalam pembuatan pizza adalah rotinya yang lembut. Oleh itu perkara yang penting dalam buat pizza adalah jenis tepung gandum yang digunakan perlu tepung yang kandungan protein yang tinggi atau dalam istilah teknologi makanan ada banyak gluten. Jika nak mudah tepung yang jenis kita buat roti.

Perkara yang kedua penting dalam teknologi makanan membuat pizza ini adalah Yis. Yis yang digunakan perlu dipastikan boleh berfungsi dan hidup semasa proses membuat doh.Jika tidak roti asas nak membuat pizza tak naik dan keras.

Satu lagi cara nak buat pizza

Saturday, October 31, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Jeruk Cili

Hari ini saya nak kongsi cara nak buat jeruk cili. Caranya amat mudah dan teknologi makanan yang terlibat adalah merupakan satu proses untuk menyimpan cili secara menjeruk dengan cuka.

Cara nak buat jeruk cili pada awal pilih cili hijau dan potong.


Cili dipotong

Celurkan cili hijau itu dengan air panas, masukkan kedalam botol dan kemudian kita tambah sedikit garam dan gula kemudian cuka tiruan yang biasa kita beli kat kedai. Kaedah teknologi makanan menjeruk cili ini akan menjadikan kita dapat makan cili diluar musim selain daripada sos cili.

Jika kita nak makan cili berkicap, kita keluarkan cili yang telah dijeruk semalam dan masukkan dalam bekas dan tambah kicap aje. Ini mudah dan sangat sedap jika kita makan dengan mee goreng ataupun bihun goreng ataupun untuk kita makan dengan nasi panas berlauk ikang kering pong jadilah. Cili jeruk juga sedap dimakan bersama BUDU ataupun Cincalok atau diratah begitu sahaja bagi yang suka makan pedas.

Namun jika nak buat bisnes ok juga. Cuba survey kat market, ade orang jual dak ?. Susah nak dapatkan...so mananya ada pasaranlah produk ini yang mudah boleh buat kat dapur rumah dan jual kat kedai - kedai. Cili jeruk ini mudah nak buat tapi orang kekadang malas, oleh itu pasti adae yang sanggup beli. Mungkin boleh dijual ke restauran - restauran jika kena cara serta harga. Selamat mencuba dari Teknologi Makanan hari ini.


Hasil boleh diisi dalam botol plastik. Awas jika isi dalam botol kaca tudung botol boleh berkarat kerana cuka masam boleh karatkan besi tudung.

Sunday, October 25, 2009

Teknologi Makanan : Pengalaman Cara Buat Coklat Mudah

Teknologi Makanan hari ini akan saya kongsikan pengalaman membuat coklat cara mudah. Jika berdasar ilmu pengetahuan teknologi makanan nak buat coklat ini amat susah pada zaman dahulu kerana nak buat coklat kena bermula dengan tepung koko, susu, koko butter dan lain - lain lagi namun zaman berubah dan teknologi makanan dalam buat coklat ini juga dipermudahkan lagi, maklumlah zaman ni banyak orang sibuk.

Saya mula minat nak buat coklat ni sebab memang sejak kecil suka makan coklat, namun kini harga coklat ni amat mahal. Jika kita kepasaraya coklat dengan berat 300gm, boleh mencecah harga hingga RM15.00 mahal weh, hingga nak beli pun kena fikir dua - tiga kali !.

Lantas saya terfikir kenapa aku tak buat sendiri coklat ?. Belajar ilmu teknologi makanan bagaikan nak rak, almaklumlah 4 tahun amik diploma teknologi makanan di ITM Shah Alam kemudian sambung lagi bidang teknologi makanan ni di Iowa State University, Ames IOWA USA, 2 tahun nak buat coklat pun tak boleh ...ka ?..Ini satu cabaran bagi saya seorang lulusan teknologi makanan namun kini bergiat cergas dalam bidang makerting dengan fokus dalam bidang pemasaran internet.

Oleh itu saya pun mulalah buat kajian ilmiah serta teknikal macam mana cara nak buat coklat dengan mudah, akhir terjumpalah apa yang dihajat. Perkara yang pertama nak buat coklat ni, kita kena ada pot...bukan pot melepaklah masuk saya ' double boiler pot' . Ini hah seperti gambar kat bawah ni.



Alkisah double boiler pot ni pulak saya beli masa ikut kursus nak buat jem herba serta seri kaya di Kota Bharu seingat saya tahun 2006 kot. Ini hakikat bidang teknologi makanan ni,walaupun kita ade ilmu teknologi makanan, namun bagi saya, saya perlu tambah ilmu lagi kerana ilmu teknologi makanan ini sentiasa berkembang.

Oleh itu saya join kursus buat jem herba dan seri kaya dengan cef di Hotel Perdana Kota Bharu. Saya pun lupa ape nama Cef ni, maka dia syorkan guna double boiler untuk buat Jem Herba dan Seri Kaya dan saya seperti biasa gatal mulut tanya Cef kat mana dia beli double boiler ini, Cef yang berasal dari Kelantan yang baik hati ni pun beri tahu dia beli di Pengkalan Kubur, Free Trade Zon, so lepas kursus petang terus pergi cari double boiler ni..last- last jumpa pun ade 2 set aje..terus sapu dan duit dalam poket terbang RM150.00 !.

Double boiler ni banyak kegunaan, selain nak cairkan coklat, boleh juga buat Jem, Seri Kaya dan pelbagai masakan lagi. Element yang penting bila kita guna double boiler ni mengikut teknologi makanan, bahan yang kita masak akan sekata masak dan susah nak hangus atau hangit terutama yang melibatkan gula berbanding jika kita masak terus atas api.

Inilah hasil coklat yang saya buat anda boleh cuba buat.


..









Saturday, October 24, 2009

Teknologi Makanan : Buat Coklat

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda pengalaman saya membuat coklat. Nak buat coklat ini ada menggunakan ilmu pengetahuan teknologi makanan. Mula perkara yang nak saya kongsikan dalam teknologi makanan kali ini adalah satu peralatan penting nak buat coklat iaitu double boiler.

Peralatan ini amat penting dalam membuat coklat kerana coklat yang kita nak buat ni menggunakan coklat bar yang ada dijual dipasaran. Coklat bar ni perlu kita cairkan menggunakan peralatan double boiler inilah. Saya nak cerita macam mana double boiler ni susah oleh itu saya dah ambikgambar dan telah up load ke YouTube dan saya paste kat blog Teknologi Makanan ini oleh itu sila lihat video;

Ini lah Double Boiler



Pentingnya kita guna double boiler ni supaya coklat bar yang kita masak tak hangus dan ia masak sekata kerana dari aspek teknologi makanan, air akan panas sekata yakni air yang ada pada periuk pertama, air panas ni yang akan memanaskan makanan dengan sekata iaitu pada suhu yang sama ( jika air itu mendidih suhunya 100 C) maka tak timbul bahagian atas tak masak atau bahagian bawah hangus.

Menggunakan double boiler nak cairkan coklat amat mudah dan coklat bar itu akan cair pada suhu 40 Celsius sahaja.

Wednesday, October 21, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Kerepek Ubi kayu


Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara mudah tapi tak senang nak buat kerepek ubi kayu.

Sebermula adapun nak buat kerepek ubi kayu ni bermula daripada ubi kayu itu sendirilah. Ubi kayu yang sesuai untuk buat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya warna kuning dan berumur tiada lebih ia daripada lapan bulan. Maknanya ubi kayu isi putih tidak sesuai nak buat kerepek. Namun jika buat kerepek ubi kayu rasanya keras lebih - lebih lagi ubinya yang dah tua jadi kayu.Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk buat kuih muih seperti bengka, kuih lain, pengat, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain atau nak mudah ubi kayu isi putih kita rebus kemudian makan dengan kelapa parut muda ataupun makan dengan ikan gelama kering yang digoreng panas - panas ataupun kita boleh makan dengan ikan kembung goreng sambil menghirup secawan kopi pekat...pekena ni...lupa mak mertua lalu kat belakang !.

Ok kita berbalik kepada nak buat kerepek ubi kayu ni. Teknologi Makanan membuat kerepek ini bermula bila ubi ada ditangan kita. Kulit ubi kayu ni kita buang, kemudian basuh bersih - bersih dengan air paip yang mengalir supaya kotoran tanah tidak melekat pada isi ubi kayu.

Setelah di bersihkan, ubi kayu kemudian dipotong nipis guna pisau atau nak mudah guna slicer cepat dan pantas. Pemotong ubi kayu ni pong banyak jenis jika nak buat kerepek ubi kayu nipis pakai slicer tapi jika nak buat bentuk jejari ada mesin pemotong bentuk jejari.

Selepas dipotong nipis , hirisan ubi kayu kemudian dibasuh sekejap juga pada air paip mengalir kemudian ditoskan. Panaskan minyak dalam periuk atau kualiti dan pastikan minyak banyak dan panas. Pada masa mengoreng ini kena berhati -hati sebab minyak panas dan hirisan ubi kayu itu basah, bila masuk dalam minyak, minyak panas boleh merecik..so guna senduk atau sudip panjang la. Goreng kepingan ubi kayu ini hingga masak dengan warna kekuningan kemudian angkat dan buang minyak. Jika nak buat secara besar - besaran kena guna mesin buang minyaklah.

Selepas buang minyak, jika nak buat kerepek ubi kayu masin maka kita gaul dengan sedikit garam. Namun jika nak buat kerepek ubi kayu pedas manis kena gaulkan dengan perencah pedas manis.

Untuk buat perencah pedas manis biasa aje, cili boh boleh pakai, sedikit air asam garam dan gula ditumis hingga pekat dan likat dalam kuali kemudian perencah ini digaulkan sedikit demi sedikit dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi.

Jika nak buat kerepek ubi kayu dengan lain - lain perisa seperti perisa lada hitam, perasa barbeque, perasa keju dan macam -macam lain perisa dapatkan perisa ni kat kedai dan gaulkan dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi dengan sekata.

Pada sesetengah usahawan sedikit kunyit digaulkan kepada hirisan ubi kayu yang telah dibasuh untuk memberikan warna kuning kemasan kepada gorengan kerepek ubi kayu. Setelah kerepek ubi kayu sejuk ia boleh di timbang dan masuk dalam plastik untuk makan sendiri atau dijual.


Nak buat kerepek ubi kayu ni kena belajar daripada pakar


Kulit ubi kayu dibuang dan tengok isinya warna kuning.



Selepas di buang kulit ubi kayu di basuh dan selepas potong pun hirisan dibasuh sekali lagi . Lihat ditepi gambar hirisan standby untuk dibasuh.

Setelah ubi kayu dibasuh bersih ia dipotong nipis dengan mesin slicer ini. Mesin ini dibuat sendiri oleh usahawan dan mungkin boleh tanya kat kedai


Setelah hiris ubi kayu di toskan, ia digoreng pakai mesin inilah dikilang. Ia auto goreng dan boleh timming berapa lama dan goreng nanti ubi kayu yang siap masak di angkat sendiri dan ditos diatas kuali pengoreng ini. Namun jika nak buat kat rumah pakai aje periuk dengan minyak yang banyak sebab nak buat deep fryer.

Selepas goreng kerepek ubi kayu dibuang minyak dengan mesin pembuang minyak. Jika kerepek ubi kayu banyak minyak ia cepat rosak selalunya tengik.


Untuk buat gaulan, mesin pengaul ini digunakan kerepek ubi kayu yang siap goreng dimasukan kedalam mesin pengaul dan perisa di tabur sedikit demi sedikit hingga sekata ikut formulasi masing - masing. Jika garam lebih masin la...nasib..




Setelah di gaul kerepek ubi kayu di letakkan atas meja ini. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek ubi kayu di tarik kedalam bekas melalui sudut yang lain

Ini saja yang saya dapat kongsikan jika pertanyaan boleh buat kat cooment.

Teknologi Makanan...see u..bye..next...

Tuesday, October 13, 2009

Teknologi Makanan Cara Nak Buat Coklat

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah bagaimana kita boleh buat coklat dengan cara yang teramat mudah. Saya nak cerita panjag tak de..Anda boleh tengok kat video ni lah bagaimana cara mudah kita boleh buat coklat.

Coklat ini amat disukai bahkan kita boleh buat bisness jual coklat ni..Lihat youtube ini..









Cara buat coklat mudah dibongkar di Teknologi Makanan

Sunday, October 4, 2009

Teknologi Pembungkusan

Pembungkusan memainkan peranan penting dalam pengeluaran makanan. Walaupun kita memiliki teknologi makanan yang baik dan cekap untuk menghasilkan produk makanan, namun tanpa pembungkusan yang dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli produk yang kita hasilkan maka usaha untuk memasarkan produk yang terhasil mungkin akan gagal.

Oleh itu bila kita pelajari ilmu teknologi makanan, pengetahuan berkaitan pembungkusan yang merangkumi jenis pembungkusan, bentuk pembungkusan dan pelbagai perkara berkaitan dengan pembungkusan akan turut dipelajari dalam bidang teknologi makanan ini. Pembungkusan makanan yang sesuai bukan sahaja dapat menarik minat pembeli bahkan ia juga berupaya berfungsi melindungi produk makanan, memanjangkan jangkahayat produk makanan, memudahkan penghantaran dan pemasaran produk.

Kini teknologi pembungkusan merupakan cabang ilmu yang tersendiri yang boleh dipelajari secara khusus untuk menjadi pakar terutamanya kursus - kursus di tawarkan di peringkat Masters di universiti di luarnegara.





@ Teknologi Makanan


Friday, September 25, 2009

Kreatif Teknologi Makanan

Untuk berjaya dalam bidang Teknologi Makanan kita perlukan minat yang mendalam serta kreativiti yang tinggi. Bukan dalam bidang Teknologi Makanan sahaja kita perlu kreatif bahkan dalam hidup kita ini pun kita perlu kreatif.

Kreatif dalam bidang Teknologi Makanan ini boleh lahir daripada minat yang mendalam dan berimijinasi yang tinggi atau dengan kata lain buat sesuatu dengan cara lain ataupun cara yang orang tak pernah buat. Dan kita buat sesuatu yang baru itu adalah untuk kebaikan lah bukan untuk keburukan.

Dengan menggunakan ilmu yang ada dipelajari dalam bidang Teknologi Makanan ini digabungkan dengan keperluan masyarakat atau pun pengguna, sepatutnya mereka yang memiliki ilmu dalam bidang Teknologi Makanan ini mampu untuk menukar sesuatu yang susah menjadi mudah, sesuatu yang murah menjadi lebih murah atau pun mahal dengan bahasa orang putih 'value added product'.

Contoh mudah adalah, ubi kayu yang berapa sen sekilo di ubah jadi kerepek ubi kayu yang tambah nilai harganya dan dikreatif lagi dengan pelbagai perisa seperti kerepek ubi pedas, masin, kari, keju, barbeque dan lain - lain .

Contoh kedua Kuih Bauhulu, kini dah ada bauhulu coklat, pandan, nescafe,strawberi...macam -macam adaaa...sekadar tambah kreatif dan imijinasi..Inilah satu bidang Teknologi Makanan yang boleh diceburi. Makes Things The Other Way Around....



Pisang


Terung


Tembikai kot ?




Thursday, September 24, 2009

Teknologi Makanan : Class Reunion 1990 ITM Shah Alam

Pada hari raya puasa yang ke tiga, saya dan famili telah beraya di Kota Bharu Kelantan. Bila berada di Kota Bharu biasa la..sms selamat hari raya kepada kawan yang ambik Diploma Teknologi Makanan di ITM Shah Alam dahulu, masa saya ambik bidang Teknologi Makanan ni UitM sekarang ini masih dikenali sebagai ITM. So dapat lah cerita baru sahabat -sahabat yang ambik bidang Teknologi Makanan.

Saya lihat bidang Teknologi Makanan ini sungguh menarik tertakluk kepada empunya ilmu Teknologi Makanan itu sendiri, ada yang berkerja dalam bidang ini dan ada juga yang jadikan bidang Teknologi Makanan ini sebagai bidan terjun namun yang penting ada rezeki masing - masing serta minat. Dan minat dalam bidang Teknologi Makanan ini boleh berubah -ubah ikut selera masing - masing. Ape tidaknya beberapa rakan sekelas yang ambik bidang teknologi makanan ini ada dan banyak yang berkecimpung dalam bidang yang langsung tak de kena mengena dengan Diploma Teknologi Makanan. Ada yang telah bekerja dengan Petronas dalam petrolium, ada yang bekerja dengan Time.com. Begitulah kita bila masa dah 20 tahun kami tak jumpa. Ada juga kawan se asrama dahulu yang ambil HOTCAT ( Hotel Catering) kat ITM , kini dah jadi pilot bawa jet Shukoi pulak...begitulah kehidupan dunia yang sebenar...apa pun minat dan kepuasan bekerja yang akan menentukan pilihan kita, walaupun pada peringkat awal kita belajar dalam bidang Teknologi Makanan.


Rakan serta keluarga Diploma Teknologi Makanan ITM yang hanya tiga orang sahaja yang bekerja dalam bidang Teknologi Makanan berhari raya puasa tahun 2009


Sunday, September 13, 2009

Teknologi Makanan : Pusat Pengeluaran Makanan Di Malaysia

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsikan beberapa pusat pengeluaran makanan yang tedapat di Malaysia. Ini penting diceritakan kerana pusat - pusat pengeluaran makanan ini adalah milik FAMA dan ia dapat dimanafaatkan oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai sudut mengikut keperluan masing - masing seperti anda boleh mengadakan lawatan kepusat ini untuk melihat sendiri bagaimana teknologi makanan digunakan untuk menghasilkan makanan.

Terdapat pelbagai makanan dihasilkan oleh Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) dengan menggunakan teknologi makanan yang bersesuai dengan produk yang ingin di hasil. Lokasi PMMF adalah seperti berikut:

  1. PMMF Rengit, Batu Pahat Johor, pelbagai teknologi makanan yang terlibat dalam bidang pengeluaran sri kaya madu, kordia, jem, roselle, halwa di gunapakai di sini. Jika berminat untuk lawatan hubungi pengurus di : 07 - 4241240 ( 8 pagi- 4 petang, Isnin - Jumaat).
  2. PMMF Bachok, Kelantan, aplikasi teknologi makanan dalam penghasilan serunding daging, serunding ayam dan bawang goreng serta teknologi makanan dalam penghasilan air moromi atau pati kicap dapat di lihat. Jika berminat untuk lawatan hubungi pengurus di talian : 09 -7788285 ( 8 pagi - 4 petang Ahad - Khamis).
  3. PMMF Kuala Selangor, Selangor, penggunaan teknologi makanan berkiatan pengeluaran tepung berempah segera (macam tepung KFC), cip ubi kayu, serbuk kari, pisang salai moden dapat dilihat disini. Jika berminat untuk lawatan hubungi pengurus di talian : 03-32698486 ( 8 pagi - 4 petang ; Isnin - Jumaat).
  4. Kilang Kopi FAMA Banting, seperti namanya pusat ini merupakan pusat pengeluaran serbuk kopi campuran dengan jenama Anggerik. Jika anda memasuki bandar Banting dan tercium bau kopi yang harum lagi menyegarkan disinilah punya keharuman kopi itu. Selain pengeluaran sebur kopi campuran teknologi makanan dalam bidang pengeluaran kopi 3 dalam 1 atau 3 in 1 juga dapat anda lihat disini. Jika anda berminat untuk melihat pelbagai teknologi makanan dalam pengasilan kopi anda boleh hubungi pengurus ditalian : 03-31877166.
Selain daripada lawatan, terdapat pelbagai aktiviti dapat anda laksanakan bersama PMMF ini, contohnya bagi para pelajar untuk memantapkan kefahaman dan ilmu dalam bidang teknologi makanan, para pelajar boleh memohon untuk menjalani latihan amali perindustrian di PMMF ini kerana semua PMMF ini beroperasi sebagai sebuah kilang makanan yang mantap dan sentiasa mengamalkan pengeluaran produk halal berteraskan amalan pengilangan yang baik dengan pengurusan MS ISO di PMMF Rengit.

PMMF - PMMF dan juga Kilang Kopi FAMA Banting bersersedia untuk melaksanakan kontrak pengilang dengan mana - mana usahawan untuk mengeluarkan produk makanan yang bersesuaian dengan PMMF. Sebagai contohnya jika anda berminat hendak mengeluarkan kopi 3 in 1 Tongkat Ali, datanglah ke Kilang Kopi Banting, ia pasti dapat membantu anda. Dengan kata lain, anda sebenarnya tidak perlu memiliki kilang pun untuk menghasilkan produk untuk syarikat anda,

Sunday, August 23, 2009

Teknologi Makanan : Juadah Berbuka Puasa Bubur Guniting

Teknologi Makanan hari ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca muslimin dan muslimat blog Teknologi Makanan semuga puasa kita kali ini bertambah baik serta bertambah keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t. Oleh itu sempena bulan ramadhan ini Teknologi Makanan akan mengemukakan beberapa resepi juadah berbuka puasa yang kekadang sudah jarang kelihatan namun masih segar dalam ingatan kita kerana sesetengah juadah berbuka puasa ini sebenarnya mempunyai nostalgianya tersendiri yang kekadang mampu membawa kitan mengenang masa silam yan telah berlalu.

Teknologi Makanan kali ini akan mengemukakan resepi berbuka puasa yang dikenali sebagai BUBUR GUNTING.

BUBUR GUNTING

Bahan - Bahannya;

2 helai daun pandan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
3 mangkuk santan
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya.

Cara Membuatnya;

Bancuh tepung gandum dengan air bergaram. Uli dan canai seperti bancuhan roti canai sebanyak 2 keping.Panaskan ke dalam kuali tanpa minyak dan bila sudah kuning sedikit, angkat dan gunting panjang - panjang kemudian gunting empat segi bujur kecil.
Sediakan periuk, masukkan satu cawan air, daun pandan, gula merah dan gula pasir. Apabila memdidih, masukkan tepung yang telah digunting, kacau dan masukkan santan.

Dan kemudian boleh dihadangkan untuk berbuka puasa dan juga moreh...selepas terawih.

Monday, August 17, 2009

Teknologi Makanan : Cara Buat Burger

Teknologi Makanan hari ini ingin berkongsi dengan anda cara - cara nak buat burger, tak kiralah burger ayam, burger lembu namun begitu burger ikan cara dia lain sikit. Burger merupakan makanan orang barat pada asalnya dan semenjak diperkenalkan di negara kita, burger telah mampu menjadi makanan kegemaran ramai terutama golongan muda -mudi kita tak ketinggalan juga kanak-kanak amat suka makan burger.

Kegemaran makan burger ini mungkin disebabkan oleh pengiklanan yang begitu kuat daripada syarikat besar yang berasal daripada Amerika Syarikat saban hari dalam TV dan Suratkhabar. Namun kini telah terdapat beberapa usahawan melayu yang telah mampu mengeluarkan produk burger ini dan yang tersohor adalah Ramly Burger. Kegemaran memakan burger ini banyak juga memberikan peluang perniagaan pada golongan belia kita, kini banyak telah terbina gerai - gerai burger terutama di depan kedai 24 Jam ataupun dekat dengan hentian bas. Jangan terkejut jika belia - belia yang berniaga burger ini mampu meraih pendapatan bersih RM2,500.00 hingga RM5,000 sebulan.

Oleh kerana itu, Teknologi Makanan hari ini akan berkongsikan cara buat burger. Buat daging burger ni tidak sesukar mana, cara buat burger ini konsepnya cukup mudah. Pada mulanya daging samaada daging ayam atau daging lembu dikisar hancur kemudian ramaun lain seperti lemak, bahan perisa serta bahan tambah makanan digaulkan kedalam adunan berkenaan.

Adunan burger ini kemudian dimasukkan kedalam mesin pembentuk dan dibentuk menjadi burger seterusnya di sejukkan dengan segera menggunakan 'blast freezer' dan kemudian dibungkus dalam plastik dan tersedia untuk di jual. Cukup mudah menyediakan daging burger ini. Satu cara paling mudah lagi adalah beli kat kedai yang dah siap..he..


Daging siap dikisar


Lelemak dikisar untuk rasa lebih enak pada daging burger.


Semua ramuan daging, lelemak dan kondisener makanan digaul sebati ini yang menjadikan sesuatu burger berbeza dari satu jenama dengan jenama yang lain.


Daging yang telah siap digaul dimasukan kedalam mesin membentuk burger





Burger yang siap dibentuk disusun untuk di 'Blast Frezeer' supaya cepat beku dan teksur halus


Burger yang dibentuk disusun dengan cermat supaya tak pecah.


Ini burger dah siap masak..SEDAP...

Tekonologi Makanan merakamkan jutaan terima kasih kepada sebuah kilang burger milik bumiputra yang telah menjemput kami untuk melawat kilang anda dan juga burger yang dikeluarkan sungguh sedap.

PENSIJILAN PRODUK MAKANAN

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.