Pelbagai Rahsia Memproses Makanan Dikongsikan merangkumi pelabagai makanan halal seperti kicap, cili sos,tomato sos,mee kuning,tauge,to fu fah,jeli, jam, minyak kelapa dara,kerepek,seri kaya,kordial,kek,biskut,roti boom,serunding, tauhu dan macam-macam ada. Email:admin@teknologimakanan.com
Wednesday, October 29, 2008
Sos Cili
Tambahkan air lebih sedikit jika anda ingin buat sos pencicah dan tambah bijan yang telah digoreng dan masak hingga dimendidih dan botolkan
Tuesday, October 28, 2008
Kicap Tamin sudah tersohor
Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kuality kicap yang terjamin.
Setelah setahun, permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan dan kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.
Untuk permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.
Monday, October 27, 2008
Buat Kicap Dengan Lebih Mudah
Dengan membeli moromi daripada pasaran, modal awal untuk membuat kicap dapat dikurangkan, anda tidak perlu beli kacang soya, garam, tong fiber glass untuk peram kacang soya jadi moromi, tak perlu tapak untuk letak tong pemeraman moromi ini.
PUSPRO Bachok ada menjual air moromi ini, jika anda berminat untuk beli moromi sila hubungi di talian 09 -7788 285 pada waktu pejabat 8.00 pagi-4.00 petang.