Sunday, December 28, 2008

Tauhu Manis

Cara nak buat tauhu manis atau tau foo fah amat mudah.Kita gunakan air soya dan......

Sunday, December 7, 2008

Kerepek Ubi Vitato

Kerepek ubi vitato merupakan suatu produk baru yang mula diperkenalkan dipasaran negara kita

Friday, November 28, 2008

Pengeluaran Dadeh

Dadeh ataupun dadih merupakan hasilan tenusu yang diproses daripada susu lembu ataupun kerbau. Dadeh amat mudah disediakan dengan menggunakan asid sitrik

Saturday, November 22, 2008

Membuat Kerepek Ubi Kayu

Kerepek ubi kayu mampu memberikan pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Kini terdapat pelbagai peralatan moden yang mampu membantu kita untuk menghasilkan kerepek ubi kayu dengan banyak dan cepat.

Kerepek ubi kayu amat mudah dibuat dan kerepek ubi kayu boleh ditambah dengan pelbagai perisa seperti kerepek ubi kayu pedas, masin,kerepek ubi kayu lada hitam, kerepek ubi kayu keju, kerepek ubi kayu perisa kari dan pelbagai perisa lagi

Friday, November 14, 2008

Gula Apong Sarawak

Baru-baru ini saya berpeluang meninjau pengeluarah gula apong di Kota Samarahan di Sarawak. Gula apong ini merupakan produk seiras gula melaka di Semenanjug namun begitu ianya dalam bentuk cecair likat.
Gula apong dibuat daripada air nira yang diambil daripada pokok nipah yang banyak tumbuh dipesisiran sungai.Cara nak buatnya mudah sahaja dimana air nira di ambil daripada pokok nipah dan di masak dalam kawah yang mempunyai penghadang dan dimasak secara perlahan-lahan dengan menggunakan kayu api selama lapan jam. Air nira ini akan menjadi kehitaman dan pekat setelah di masak selama 8 jam dan terbentuklah gula apong ini.
Gula apong ini boleh digunakan dalam membuat kuih muih, ABC , perapan ayam BBQ dan pelbagai guna lagi. Ianya mempunyai rasa yang unik berbeza dengan gula melaka.FAMA ada memasarkan gula apon Sarawak ini di kedai-kedai di bandar Kuching.

Wednesday, October 29, 2008

Sos Cili

Produk yang mudah dibuat sendiri adalah sos cili. Sos cili boleh kita buat daripada lada kering dirumah. Lada kering dibersihkan dan direndam dalam air hingga lembut. Cili kering kemudian dikisar halus dengan mesin pengisar. Cili kering yang telah dikisar kemudian dimasak dan gula, cuka serta sedikit garam ditambah. Masak sehingga mendidik kemudian dibotolkan.Jika anda inginkan sos cili bawang putih, tumbuk bawang putih dan dimasukkan semasa memasak cili kisar.

Tambahkan air lebih sedikit jika anda ingin buat sos pencicah dan tambah bijan yang telah digoreng dan masak hingga dimendidih dan botolkan

Tuesday, October 28, 2008

Kicap Tamin sudah tersohor

Salah satu kicap terkenal dinegara kita adalah kicap dengan jenama Tamin atau lebih dikenali Kicap Tamin.Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau.

Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kuality kicap yang terjamin.

Setelah setahun, permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan dan kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.

Untuk permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.

Monday, October 27, 2008

Buat Kicap Dengan Lebih Mudah

Sebenarnya terdapat cara membuat kicap yang lebih mudah dan cepat tanpa perlu melalui proses pemeraman yang lama. Caranya adalah dengan membeli air moromi dan menggunakan air moromi yang tersedia dipasaran ini sebagai bahan utama untuk membuat pelbagai jenis kicap. Air moromi ini yang merupakan pati atau ibu kicap merupakan asas penting dalam penghasilan kicap.

Dengan membeli moromi daripada pasaran, modal awal untuk membuat kicap dapat dikurangkan, anda tidak perlu beli kacang soya, garam, tong fiber glass untuk peram kacang soya jadi moromi, tak perlu tapak untuk letak tong pemeraman moromi ini.

PUSPRO Bachok ada menjual air moromi ini, jika anda berminat untuk beli moromi sila hubungi di talian 09 -7788 285 pada waktu pejabat 8.00 pagi-4.00 petang.

Sunday, October 26, 2008

Buat Kicap : Penghasilan Koji

Proses pengeluaran kicap samaada kicap manis, masin,pedas bermula dengan penghasilan koji.

Wednesday, October 22, 2008

Rahsia Nak Buat Kicap Bahagian 2

Nak buat kicap ini sebenarnya memerlukan masa yang panjang.Kicap ini dibuat daripada kacang soya yang diperam bersama kulat untuk menghasilkan air pati kicap ataupun moromi.

Apa jua kicap,kicap masin, manis dan pedas dibuat daripada olahan air moromi atau juga dikenali ibu kicap.

Sunday, October 19, 2008

Rahsia Nak Buat Kicap Bahagian 1

Kicap merupakan satu perisa serta pelazat makanan yang paling di gemari dinegara kita ini. Beberapa usahawan kicap melayu telah berupaya menjadi jutawan hasil pengeluaran kicap ini. Apa ka tidaknya ramai yang membesar dengan kicap. Kicap Tamin, Kicap Cap Kipas Udang adalah dua jenama kicap yang terkenal di Malaysia ini.

Saya masih teringat semasa saya belajar dahulu, kawan saya semua makanan pun dia taruk kicap ni dalam masak kari pun dia masukkan kicap juga !. Namun di negeri Johor penggunaan kicap ini amat meluas juga, disana goreng pisang pun di cicah dengan kicap manakala di Pulau Pinang Kicap Char Koew Tiau amat terkenal untuk digunakan dalam masakkan Char Koey Tiau ni terutama yang ada udang.

Kicap diproses daripada kacang soya dan proses pemprosesan kicap ini melibatkan beberapa peringkat yang panjang serta mengambil masa yang lama. Saya akan update proses pengeluaran kicap ini. Secara terperinci dan praktikel anda juga boleh belajar dengan pihak MARDI, jika berminat untuk menjadi pengeluar kicap.

Walaubagaimana pun lama atau panjang proses pengeluaran kicap ini, saya akan kongsikan juga proses pengeluaran kicap dengan lebih cepat dengan rahsia dan teknik tertentu.

Saturday, October 18, 2008

Kuih Buah Rotan


Kuih buah rotan mudah dibuat dan ia merupakan makan snek yang boleh dimakan pada bila-bila masa dan buah rotan ini dibuat daripada tepung pulut, santan dan juga bijan.

Cara nak buat buah rotan.

Bahan-bahan.

  1. 500 gram Tepung Pulut
  2. 1/2 biji kelapa
  3. 4 sudu gula pasir.
  4. 1 biji telur
  5. Bijan halus
  6. 1 sudu besar esen (perisa) ros
Kaedah

  1. 1/2 biji kelapa dicampur 1 gelas air dan diperah ambil santan.
  2. 1 biji telur, 4 sudu gula dan perisa ros dimasukan kedalam santan dan dipukul sebati.
  3. Masukan tepung pulut ke satu bekas lain dan santan dicampurkan sedikit demi sedikit kedalam tepung dan tepung diuli menjadi doh.
  4. Doh diambil sedikit-sedikit dan digentil bulat, kemudian digolek-golek kedalam bijan. Ini bertujuan untuk menyalut 'guli' doh dengan bijan.
  5. Gentilan ini yang berbentuk bulat kemudian digorengkan dalam minyak panas hingga kembang, ditoskan, disejukkan dan sedia boleh dimakan

Friday, October 17, 2008

Pembungkusan Makanan

Pembungkusan makanan amat penting dalam usaha kita memasarkan produk makanan. Walaubagaimana pun pembungkusan produk makanan ini perlu sesuai dengan kehendak sasaran pasaran yang ingin terokai. Seumpama kata pepatah melayu 'Lain padang lain belalang' begitu juga dengan bentuk pembungkusan yang ingin kita gunakan untuk produk makanan kita.

Pembungkusan produk makanan untuk pasar malam adalah berbeza jika kita ingin pasarankan produk ke Hypermarket dan juga supermarket.Pada masa ini terdapat pelbagai jenis serta bentuk pembungkusan yang boleh kita gunakan untuk membungkus serta memasarkan produk kita.

Begitu juga sasaran pasaran pengguna yang berbeza kita perlu menggunakan bahan pembungkusan yang berbeza, pembungkusan produk untuk kita jual kepada kanak-kanak amat berbeza dengan pembungkusan yang kita gunakan untuk produk pengguna katering atau dalam bentuk 'bulk'

Pembungkusan yang sesuai dengan produk, pasaran serta sasaran pengguna dapat membantu kita meninggkatkan jualan produk makanan kita.

PENSIJILAN PRODUK MAKANAN

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.