MILIKI DAN SIMPAN KEKAYAAN ANDA SEBENAR

Saturday, September 4, 2010

Sijil Halal JAKIM Untuk Minyak Sapi Di Tarik Balik

Sijil pengesahan halal JAKIM untuk minyak sapi yang tersohor lagi terlalu ramai orang kita guna telah ditarik balik oleh pihak JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Minyak sapi dengan jenama QBB Puree Ghee yang dikeluarkan syarikat QBI Packaging Sdn Bhd memang sudah lama berada di pasaran.

Penarikan balik sijil pengesahan HALAL ini dapat dilihat pada laman web Halal Malaysia. Saya di maklumkan bahawa penarikan balik pengesahan sijil Halal ini oleh pihak JAKIM adalah kerana JAKIM dan Jabatan Kimia Malaysia telah membuat ujian keatas minyak sapi ini dan mendapati ianya ' mengandungi bahan yang meragukan' untuk kegunaan umat Islam .

Oleh itu JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.



Oleh itu bagi saya sebagai umat Islam, wajarlah kita meninggalkan yang meragukan.Pilihlah yang halal kerana produk yang halal masih banyak daripada yang haram.

Minyak sapi banyak digunakan dalam membuat kuih muih untuk hari raya dan juga pelbagai masakan terutama yang berasal daripada timur tengah seperti nasi berayani, biskut arab, biskut makmur dan macam - macam lagi.

Minyak sapi sebenarnya dibuat daripada susu, sebab itu ada bidalan ' Lembu Punya Susu, Sapi Punya Nama'.., namun dengan pengunaan teknologi yang canggih dan terkini pelbagai bahan tambah boleh ditambah kedalam minyak sapi untuk menjadikan ia lebih komersial.

Sebenarnya penggunaan bahan daripada babi amat meluas kerana babi ini banyak diternak di barat dan ianya mudah membaik dengan cepat.Oleh itu lemak - lemak babi ini banyak di olah oleh pakar saintis disana untuk dijadikan pelbagai produk kormesial seperti sabun dan macam - macam lagi, sama ada makanan mahu pun kosmetik.

Oleh itu kita sebagai pengguna muslim perlu berhati - hati dalam pembelian makanan,alat solek, pakaian ( kasut dan beg) agar tidak terbeli produk haram asalan babi.

Tuesday, August 31, 2010

Dapur Gas Mudah Alih Memudahkan Kerja Memasak Kita...



Pada hari ini kita semua tidak perlu lagi bersusah payah nak hidupkan api ataupun unggun api untuk memasak di kem perkelahan atau pun mana -mana tempat yang kita berpergi. Teknologi Makanan kini telah pun mereka cipta sebuah dapur gas mudah alih untuk memasak apa jua makanan yang kita ingin di mana sahaja kita berada.

Baru - baru ini saya telah membeli sebuah dapur gas mudah alih ini.Tujuan utama saya beli dapur gas mudah alih ini kerana dapur gas rumah saya telah dihantar repair lah...Betui sekali kata pepatah..kalau rumah tak berasap..resah kita rasanya. Oleh itu saya pun belilah sebuah dapur gas mudah alih ini dengan jenama Pensonic. Harga dapur gas ini pun tak mahal dalam RM60.00 sahaja bergantung kepada jenamanya dan ianya di datang bersama dengan beg untuk memudahkan dapur gas mudah alih ini dibawa dengan lebih bergaya.

Pembelian pertama dapur gas mudah alih ini kita diberikan sebuah balang gas percuma namun untuk memudahkan kita memasak makanan, saya pun terus beli balang gas tambahan 4 biji pada harga lebih kurang RM16.00.

Sehingga kini saya dah masak macam - macam makanan ringkas menggunakan dapur gas mudah alih ini seperti goreng ikan, goreng ayam, dagin dan goreng sayur. Masak lauk dan kuah ringkas dan adalah jelas dapur ini memberikan satu kepuasan tersendiri dalam akiviti memasak.

Dengan api yang kebiruan, makanan adalah mudah masak dengan dapur ini. Balang gas yang digunakan itu mampu memberikan kita keupayaan untuk memasak selama satu hari..namun begitu ia bergantung cara penggunaan. Penggunaan dapur memasak ini secara berterusan, balang gas ini hanya mampu bertahan untuk tiga jam sahaja.

Balang gas yang kosong boleh diganti dengan mudah, hatta remaja berumur 13 tahun pun mampu melakukanya.

Dengan memiliki dapur gas mudah alih ini, saya kini boleh membawa kemana sahaja dapur untuk masak , sama ada nak memasak didapur atau nak memasak diruang tamu ataupun nak memasak di kawasan lapang kat depan rumah..

Dapur gas mudah alih ini juga memungkinkan saya memasak di perkelahan, tepi pantai tanpa perlu risau hari hujan, kesukaran nak menghidupkan api,kayu basah dan macam - macam cabaran dalam usaha kita memasak menggunakan dapur kayu atau unggun api.


Balang gas mudah di isi..


Dapur gas portable


Beg dan Dapur Gas Mudah Alih..




Dapur di simpan dalam beg sahaja ..mudah dibawa ..mudah nak memasak..


Beg Dapur yang bergaya

Friday, August 27, 2010

Tahi Itek Made In U3 Shah Alam...Best



Tahi itek merupakan sejenis makanan tradisional Kelantan yang tersohor kerana nama pelik nya tapi barang molek..acu cubo try baru tahu...Kueh Tahi Itek ini dibuat dengan menggunakan puteh telur itek yang dimasak bersama gula kastor ( Castor Sugar).

Bahan dan cara nak buat tahi itek ini adalah seperti berikut;

RESEPI KUEH TAHI ITEK..... (bukan tahi sebenar...contoh; kueh tahi minyak..)

Bahan - bahan.
  1. 5 biji puteh telur itek.
  2. 1/4 Cawan gula caster
  3. Sedikit air
  4. 2 - 3 sudu minyak
  5. 2 helai daun pandan.
Cara nak buat..

Masukkan gula kastor dalam telur putih dan kacau hingga larut. Bila gula kastor telah larut , masukkan kedalam kuali yang telah dipanaskan hingga ia menjadi pekat. Pada sesetengah resepi sedikit tepung pulut atau gandum dicampurkan untuk pekat.

Cara mudah lihat dalam video ini...ye..sori bising sikit video ni..













Thursday, August 26, 2010

Rendang Tok dan Lemang Juadah Istimewa


Rendang Tok makanan istimewa Negeri Perak.


Rendang Tok mula saya kenali semenjak 9 tahun yang lalu yang pada masa sebelum itu, saya hanyalah mengetahui masakan rendang. Rendong Tok yang mula saya kenali dan rasai adalah rendang tok mak nik. Rendang Tok merupakan makanan popular negeri Perak.

Rendang Tok dibuat daripada daging dan campuran santan serta pelbagai rempah ratus yang menjadikan ianya enak untuk dimakan bersama dengan lemang ataupun nasi impit. Pada musim perayaan sekarang banyak orang akan mula membeli rendang tok dan juga rendang.

Atas sambutan orang ramai terhadap produk makanan rendang tok ini, kini rendang tok telah di komersilkan secara meluas dengan pembungkusan yang lebih moden dan menarik, untuk memasuki pasaran pasaraya dan pasaraya yang besar seperti TESCO, Mydin, Giant dan lain - lain pasaraya.







Biskut Kelapa dan Pekasam kini telah dibungkus dengan pembungkusan yang menarik untuk menembusi pasaran yang lebih luas.



Buah belimbing besi yang banyak terdapat dikampungnya kadang terbuang begitu sahaja kini sudah mampu diproses mengunakan teknologi makanan untuk menjadi kordial..rasanya seperti asam boi..sedap..minuman ini kaya dengan vitamin C. Buah belimbing besi juga boleh buat halwa untuk dimakan sebagai pemanis
( dessert)

Rendang Tok Mak Nik yang tersohor kini telah di bungkus dengan membungkusan yang menarik....


Sambal Kacang Pecal

Kuah Pecal dengan pengubahsuai nama ' rebranding'..menjadi sambal kacang pecal...untuk pasaran yang lebih luas. Kekadang untuk menembusi pasaran sedikit ubahsuaian pada nama ataupun resepi perlu kita buat untuk sesuaikan dengan teknologi makanan yang kita gunakan serta segmen pasaran yang kita hendak tembusi.

Dalam kes pecal ini..saya yakin ia diubah namanya kepada sambal kacang pecal kerana jika dijual sebagai pecal..hanya orang tertentu sahaja yang akan faham..Jika ini terjadi pasaran, ia akan menghadkan pasaran produk berkenaan.

Contoh kedua adalah produk tersohor Kelantan yakni budu...ada yang telah di ubah kepada Sos Bilis Pantai Timur.

Semua produk - produk ini sedap - sedap belaka dan anda boleh dapati di Pusat Jualan IKS di TESCO Ipoh...orang Ipoh mai pakat beli produk bumiputra Islam kita...

Wednesday, August 25, 2010

Beli Kerepek Pisang dan Makanan Tradisional


Pusat Jualan Makanan Tradisional di TESCO Ipoh..macam-macam ada...


Hari raya puasa dah semakin dekat dan ramai di antara kita sedang merancang juadah makanan hari raya. Bila tiba hari raya nanti pelbagai makanan akan disediakan, namun kita pasti tidak akan lupa makanan tradisi melayu kita.

Maka bila musim raya ini, ramai yang nak beli makanan tradisional seperti kerepek ubi, kerepek pisang, baulu dan macam - macam lagi. Sebahagian makanan ini boleh kita beli dipasar tani - pasar tani berhampiran kediaman anda.

Kini makanan tradisional turut dijual di pasaraya terkemuka kerana sambutan yang menggalakan keatas makanan tradisional ini. Hari ini saya berpeluang berkunjung ke TESCO Ipoh Perak dan mengunjungi pusat jualan makanan tradisional diTESCO ini.

Makanan tradisional telah melangkah kepasaraya dengan pembungkusan yang menarik dan sesuai untuk dipasarkan dengan lebih meluas. Makanan ini juga boleh kita jadikan hamper untuk hari raya ini. Pembelian makanan tradisional ini akan membantu usahawan tani kita dalam usaha mereka menambah pendapatan.

Pemasaran makanan tradisional ini juga telah mampu mengangkat martabat makanan melayu setanding dengan makanan yang di import. Oleh itu belilah makanan tradisional..




Sunday, August 15, 2010

Rahsia Ketupat Nasi Segera..

Bila bulan puasa dan kemudian hari raya tiba maka ramai yang akan buat ketupat. Ada ketupat nasi dan ada juga ketupat pulut.

Hari ini saya akan kongsi rahsia ketupat nasi segera. Bila tiba nak raya macam isu timbul daripada ketupat nasi segera yang dibuat dengan menggunakan plastik. Saya telah bertanya perkara ketupat plastik ini dengan pakar pembungkusan dan juga pengeluar plastik dan kesimpulan yang saya dapat buat adalah ketupat nasi dalam plastik ini selamat untuk kita makan selagi mana plastik yang digunakan adalah jenis plastik HDPE atau plastik tahan panas.

Kita sebenarnya boleh buat sendiri ketupat nasi segera ini kerana amat mudah. Hari saya sendiri telah mencuba membuatnya.



Bahan - bahan nak buat ketupat nasi segera





Ini plastik biasa..


Plastik tahan panas HDPE



Tebuk plastik biar berlubang dengan lidi



Basuh beras dan campurkan sedikit perisa pandan untuk bagi rasa dan bau wangi pada ketupat. Isikan beras ini 1/3 daripada saiz plastik..jangan penoh atau separuh..beras bila rebus dia akan kembang penuh plastik..


Seal atau tutup plastik dengan api lilin. Jangan ikat dengan getah lain.getah pengikat kurang baik..staple takut pecah..


Rebus 2- 3 jam..biar jadi ketupat..dalam rice cooker pun boleh..


Bila dah masak elok jadi ketupat ..sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk supaya ketupat lebih keras..kemudian barulah potong..buat makan dengan rendang, kuah satey,lotong ataupun lodeh....

Saturday, August 14, 2010

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi..


Testimoni Allahyarham Ayahanda kita Nik Wan Bin Ibrahim yang pernah bekerja sebagai Cook Boy atau Tukang Masak pada tahun 1952, tahun ini pun kita belum dilahirkan lagi.

Hari ini sabtu dan merupakan hari yang ke 4, kita semua berpuasa di bulan Ramadhan 1431 H yang mulia ini. Bila bulan puasa tiba maka banyak aktiviti yang dapat saya lakukan terutama dirumah sendiri. Antara perkara yang saya lakukan adalah kemas rumah.

Bila kita kemas rumah ini, mulalah selongkar sana , susun sini dan akhirnya terjumpa macam - macam benda dan terjumpalah kita testimoni milik Allahyarham Ayahanda kita yang sememangnya kita simpan.

Bak kata pepatah ' Kemana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi, inilah mungkin menyebabkan kita pun ada minat dalam bidang makanan ini..pun begitu kita lebih sikit kebidang sains yakni Teknologi Makanan.

Perkongsian ini adalah sekadar untuk merakamkan penghayatan dan penghargaan kepada Allahyarham Ayahanda kita, Nik Wan bin Ibrahim dan Allahyarham Bonda kita , Hajah Mariam bt Sulaiman yang telah membesarkan kita...

Semoga Allah s.w.t sentiasa mengampuni kedua - dua mereka....tanpa mereka , siapalah ..saya...amin.

Selamat berpuasa untuk semua pembaca muslim.....bersambung....perjalanan ku..kebidang teknologi makanan...

DAPATKAN TIP - TIP TAMBAH PENDAPATAN

eBuku ini PERCUMA sila isikan email anda
eBuku Jejak Jutawan
Sila isikan maklumat anda:

Name:
Email Address: